Wednesday, 16 March 2011

LANTIK SEMULA GSTT 2008 DAN 2009



Oleh: MAIL MATHEW

Mantan Ketua Penerangan UMNO Tenom, Mohd Redzuan Ansabong, 48, menggesa kerajaan pusat khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar turut menimbang melantik semula guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang telah ditamatkan jawatan mereka sekitar tahun 2008 dan 2009.

Katanya, GSTT bagi tahun 2008 dan 2009 yang tidak disambung balik jawatan mereka masih ramai bilangannya dan kebanyakannya masih menganggur, manakala sebahagiannya sudah mendapat pekerjaan lain.

“Kita bersimpati dengan nasib GSTT yang tidak menentu masa depan mereka sedangkan mereka ini sudah mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut tetapi dibuang begitu sahaja,” kata beliau sambil menyokong usaha Exco Pemuda Umno Pusat, Jamawi Jaafar yang bertungkus lumus memperjuangkan nasib GSTT tahun 2010 yang telah pun menempah kejayaan.

Mohd Redzuan yang juga seorang pemimpin Umno di peringkat cawangan Skim Lembaga Tabung Getah, Lagud Sebrang seterusnya menegaskan bahawa KPM perlu mengkaji semula dasar perkhidmatan GSTT supaya diserapkan kepada jawatan yang tetap agar masa depan mereka tidak goyah dan terus terjamin.

Tegasnya lagi, nasib masa depan 578 GSTT di Sabah tahun 2010 kini boleh berlapang dada selepas Exco Pemuda Umno pusat yang juga Pegawai Khas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah Jamawi Jaafar beroleh kejayaan memperjuangkan jawatan mereka, kerana tawaran untuk melantik semula telah pun dihantar kepada mereka yang berkenaan.

Bagaimana pun tegas Redzuan, adalah kurang adil jika GSTT tahun 2008 dan 2009 yang mengalami nasib yang sama tidak dilibatkan di dalam keputusan terbaru KPM itu kerana mereka juga mempunyai kelayakan dan pengalaman serupa dengan GSTT 2010.

Dalam pada itu, Redzuan turut melahirkan bantahan jika kekosongan jawatan guru di Sabah akan disisi daripada graduan dari Semenanjung sebagai langkah menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sabah; sepertimana yang dinyatakan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Puad Zarkashi ketika isu penamatan GSTT mula membahang sebulan lalu.

“Kita juga di Sabah mempunyai graduan menganggur yang ramai dan jika kekosongan seperti itu berlaku, biarlah mereka mengisi jawatan tersebut sedangkan dari segi kelayakan, sama tarafnya,” tegas Ansabong.

9 comments:

  1. GSTT tempatan patut diberikan peluang untuk berkhidmat dalam pendidikan Sabah.

    ReplyDelete
  2. ssya seorang gstt yang dah berkhidmat selama 3 tahun namun sampai hari ini pn saya masih ternanti-nanti janji oleh kementerian untuk memanggil balik gstt ni.

    ReplyDelete
  3. cadangan ini wajar dipertimbangkan. GSTT yang sudah berpengalaman juga wajar diberikan latihan untuk diserap menjadi guru tetap.

    ReplyDelete
  4. lebih baik mereka dilantik semula kerana mereka mempunyai pengalaman mengajar.

    ReplyDelete
  5. dalam tempoh 3 tahun itu pasti mereka telah mempunyai pekerjaan lain.. sekiranya dalam tempoh itu mereka masih menganggur, adakah pengalaman mereka mengajar masih boleh diterima pakai? kualiti mengajar mereka pasti sudah menurun.

    ReplyDelete
  6. More than 714 teachers in Sabah have signed up for enrollment into Open Universitiy Malaysia's (OUM) 4 years Bachelor of Education programme sponsored by the Teacher Education Dividion (BPG).

    That show our Sabahan teachers also got initiative to improve their skills & qualities.

    ReplyDelete
  7. Kenapa tidak panggil saja semua yang pernah ambil GSTT. Tidakkan semua GSTT perlu dipanggil, jika iya bagaimana pula dengan lepasan perguruan yang akan datang nanti. Jika semua sudah diisi oleh GSTT bagai mana dengan lepasan perguruan nanti??Fikirlah dan pertimbangkanlah perkara ini. Tidak juga kita ambil cara mudah untuk menyelesaikannya. kesannya pada akan datang.

    ReplyDelete
  8. Pengalaman GSTT mgajar mgkn lebih bnyk drpd lepasan perguruan yg masih releven pada masa kini. Kemungkinan utk diserap tu ada tapi jangan bergantung sepenuhnya dengan GSTT. Bg lepasan perguruan walaupn kurang berpengalaman tetapi mereka ini telah dilatih dan mempunyai kelayakan yg sepatutnya. Mereka mgkn diberi keutamaan drpd GSST. Pd pendapat sy,apa kata jika mereka ini smbg belajar ambil ijazah perguruan untuk memperbaiki skills & kualiti.

    ReplyDelete
  9. It's not the time to be picky, we are experiencing shortage of teachers right now. These GSTT's are experienced in this field, they should be given chances.

    ReplyDelete