Wednesday, 21 December 2011

KDN WAJIB JELAS STATUS KES AKJAN

Oleh: MATURIN MOHAMMAD

NAIB Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Rudy Sulaiman Mairi (gambar), meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi penjelasan kepada rakyat Sabah status kes Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah, Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad berkaitan isu menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu beberapa bulan lalu.

Katanya, rakyat dinegeri ini masih keliru dan tertanya-tanya apakah status kes tersebut setakat ini sama ada ianya dilupuskan begitu sahaja atau sebaliknya kerana sebelum itu kes tersebut pernah menggemparkan rakyat Sabah kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kita minta pihak KDN setidak-tidaknya tampil memberi penjelasan. Lagi pun gelagat Akjan kini semakin agresif di mana kelibatnya seakan akan seorang pemimpin mewakili kesukuannya selepas bebas menyebabkan timbul kemarahan di pihak kesukuan lain,” kata Rudy.

“Sedangkan banyak orang tahu isu Akjan adalah serius termasuk latar belakangnya, tetapi mengapa dia boleh dilepaskan begitu mudah tanpa dihadapkan ke Mahkamah mahu pun penjelasan terperinci daripada KDN. Keadaan itu menimbulkan sesuatu pra sangka buruk terhadap kerajaan,” tegas Rudy.

Pada Isnin, Akjan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Pekida Sabah dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, pertubuhan itu membantah penubuhan RCI untuk menyiasat pemberian Kad Pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi ‘Projek IC’ yang disifatkannya sebagai karut dan tidak benar.

Akjan menambah, kewujudan RCI tidak memberi kesan positif terhadap matlamatnya malah ia bakal mewujudkan perselisihan faham dan ketegangan di kalangan kesukuan dan etnik lain di Sabah; sambil menambah bahawa ia sengaja dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik dengan niat yang jahat untuk menimbulkan permusuhan dengan kerajaan pusat.

Dalam pada itu, Rudy terkejut dengan kenyataan Akjan kerana dengan begitu sombong menidakkan hak rakyat Sabah untuk meminta kerajaan menyelesaikan masalah yang menghantui rakyat Sabah seperti isu pemberian Kad Pengenalan secara tidak sah yang berlaku berpuluh tahun lalu.

Tambahnya, memang tepat sekali langkah yang sebaik baik dan wajar dilakukan dengan menubuh RCI sebagai suatu pendekatan yang terbaik malah ia dibenarkan mengikut undang undang dan Perlembagaan Negara.

“Akjan tak perlu gentar dengan penubuhan RCI kerana ia merupakan suatu badan yang ditubuh khusus untuk menyiasat pemberian Kad Pengenalan kepada PATI, tetapi sekiranya pemberian itu dilaksanakan secara sah dan teratur kenapa pula perlu gusar dengan pelbagai tuduhan itu dan ini,” tegas Rudy.

Mengenai dengan kewujudan kesukuan dan 26 etnik di Sabah termasuk Suluk, Bajau-ubian, dan Simunul, sememangnya etnik itu sudah lahir di Sabah sejak sebelum merdeka lagi iaitu di zaman Kolonial lagi di mana etnik-etnik itu merupakan rakyat yang berstatus warganegara walaupun nenek moyang mereka dipercayai berasal dari kepulauan Sulu.

Sebaliknya tegas Rudy, apa yang dipersoalkan dalam konteks ini adalah bagi mereka yang berhijrah ke negeri ini secara tidak sah atau pelarian akibat peperangan saudara yang tercetus diSelatan Filipina sekitar tahun 1970-an adalah disifatkan sebagai PATI.

42 comments:

  1. Sabah sudah ada USIA, perlu lagi ka PEKIDA ni.

    ReplyDelete
  2. berapa peluang yang telah diberikan kepada Akjan? dulu, dia pernah ditangkap di bawah ISA sebab jual IC Projek hinggalah kes dia menabalkan diri sebagai sultan tapi masih lagi diberikan kepercayaan. hairanlah dengan dia ni.

    ReplyDelete
  3. memang perlu KDN perjelaskan status dia yang sebenar. dengar2 dulu dia ni PATI. kalau memang benar, patutlah dia menolak penubuhan RCI. apapun, apa hak dia menolak dan mempersoalkan RCI ni??

    ReplyDelete
  4. Akjan ni sebelum ini mmg ada rekod yang tidak baik, kini ia mengaku sebai Sultan Sulu, dia ni mmg seorang yang memberi ancaman kepada negara, patut ambil tindakan tegas terhadapnya

    ReplyDelete
  5. tiada siapa yang nak menerimanya sebagi sultan, jgnkan di Sabah, pendudk Sulu di filipina sendiri tak mengaku dia sebagai Sultan, dia hnya syok sendiri.

    ReplyDelete
  6. Saya pun keliru dengan kes Akjan ini. Bilang mengugat keselamtan tapi dia macam ada kebebasan pula tu.

    ReplyDelete
  7. Macam mana pun kebebasan Akjan perlu disekat. Ini adalah untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  8. Orang buta pun sedar akan kebebasan serta kelancangan Akjan sejak akhir-akhir ini.

    ReplyDelete
  9. Entah kenapa saya merasakan Akjan ni kebal, seolah-olah ada 'kuasa' yang melindunginya... hhmmm, hairan???

    ReplyDelete
  10. Untuk kepentingan bersama rasanya ada baikknya juga kebebasan si Akjan ni disekat. Kalau tak makin naik kepala lah dia ni..

    ReplyDelete
  11. Logiknya kalau betul lah Akjan ni orang baik dan bukan hasil dari 'projek ic' pasti dia tahu apa yang diingini oleh rakyat tempatan. Kalau dia terus dengan sikapnya yang tunjuk hero, aishh entah apalah yang akan berlaku nanti.

    ReplyDelete
  12. Kalau takda juga tindakan yang dibuat, apa boleh buatlah.. Kita sebagai rakyat sendiri mahu ingatlah...Nilai sebaik mungkin dan buat apa yang patut.

    ReplyDelete
  13. I'm really annoyed with this Akjan guy. The gov ought to take serious action against him.

    ReplyDelete
  14. who is he to appoint himself as the sultan of sulu..

    ReplyDelete
  15. I'm surprise to see him still around in sabah and even dare to give his opinion regarding the rci matter.

    ReplyDelete
  16. Harap penjelasan akan diberikan mengenai status kes si Akjan ini. Rakyat berhak mengetahui keadaan sebenar.

    ReplyDelete
  17. Pihak KDN perlulah tampil memberi penjelasan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  18. minta saja RCI ditubuhkan.. kemudian minta RCi siasat status si Akjan..

    ReplyDelete
  19. daripada sibuk minta KDN jelaskan status si Akjan, baik gunakan peluang itu untuk desak kerajaan persekutuan bagi menubuhkan RCI..

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Silap haribulan si Akjan sendiri dalang di sebalik projek ic. Itulah dia berhabisan mahu tentang RCI ini.

    ReplyDelete
  22. nyata sekali rakyat Sabah inginkan RCI ini ditubuhkan dengan segera

    ReplyDelete
  23. jadi semoga kerajaan mempertimbangkan permintaan rakyat ini

    ReplyDelete
  24. harap ini tidak lagi diperlengah-lengahkan

    ReplyDelete
  25. memang masalah PATI telah sekian lama berlanjutan dan membimbangkan

    ReplyDelete
  26. harap masalah ini ada penyelesaiannya

    ReplyDelete
  27. nampaknya isu Akjan masih lagi mendapat perhatian daripada banyak pihak.

    ReplyDelete
  28. biarlah pihak yang berkuasa melakukan apa yang patut dalam pekara ini.

    ReplyDelete
  29. apa pun, harap masalah pati akan dapat diseleaikan.

    ReplyDelete
  30. Apakah tujuan sebenarnya Akjan mengakui diri seorang Sultan? Apakah motifnya?

    ReplyDelete
  31. Im sure the government will resolve the matter soon.

    ReplyDelete
  32. Harus juga KDN memberi penjelasan supaya golongan awam tidak membuat anggapan yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
  33. Biarlah RCI membuat siasatan terperinci.

    ReplyDelete
  34. Past record Akjan not really good.

    ReplyDelete
  35. jangan membiarkan perkara ini menjadi contoh buruk kepada rakyat dan generasi muda.

    ReplyDelete
  36. Kalau RCI dapat membantu menyelesaikan masalah, harus juga bertindak cepat.

    ReplyDelete
  37. Adakah betul Akjan terlibat dalam projek IC? Buatlah siasatan agar soalan dijawab.

    ReplyDelete
  38. KDN harus tampil dan memberi penjelasan. Masyarakat akan membuat anggapan yang tidak baik terhadap KDN.

    ReplyDelete
  39. Projek ic ini merisaukan. Tambahan pula PATI yang makin banyak dan mengancam ketenteraman. kenapa kerajaan masih tiada tindakan? Kini, Akjan pula muncur.

    ReplyDelete
  40. Nampaknya kes Akjan ini masih berlegar difikiran rakyat. Kenapa kes Akjan tidak diambil serius untuk ditangani.

    ReplyDelete
  41. Kalau kes Akjan rasanya RCI itu sesuai untuk menyiasat perkara ini. Jangan biarkan Akjan terlepas begitu saja ini akan memburukan keadaan saja nanti.

    ReplyDelete
  42. Dulu Akjan pernah ditahan dibawah Akta ISA kerana kes membuat IC Palsu kepada pendatang. Tapi sekarang Akjan cuba mentabalkan diri sebagai sultan sulu tapi dilepaskan begitu saja. Ini yang menimbulkam persoalan dari pelbagai pihak.

    ReplyDelete