Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
TUN DR MAHATHIR Mohamad menyifatkan
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai satu sifat yang mana
beliau akan memberikan arahan supaya peserta demonstrasi merusuh dan
kemudiannya beliau akan menghilangkan diri.
Mantan Perdana Menteri itu berkata,
perkara seumpama itu adalah 'modus operandi' Ketua Umum PKR sejak demonstrasi
Reformasi ketika beliau dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Itu adalah modus operandi
Anwar. Dia akan keluarkan arahan supaya peserta demonstrasi merempuh halangan
polis, dan kemudiannya dia akan menghilangkan diri,” katanya kepada pemberita.
Kenyataan itu dikeluarkan
beliau ketika diminta mengulas berkenaan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa
Anwar memberi arahan kepada peserta demonstrasi Bersih 3.0 Sabtu lalu supaya
merempuh halangan polis dan menceroboh Dataran Merdeka.
“Itu reputasi Anwar,”
katanya lagi.
Menurut Dr Mahathir, Majlis
Peguam juga perlu disiasat bagi memastikan sama ada mereka benar-benar bersih
daripada pengaruh politik.
“Mereka (Majlis Peguam)
dakwa pihak polis adalah pihak yang bertanggungjawab merempuh sekatan yang dibuat
dan memukul peserta demonstrasi. Majlis Peguam kata polis yang pukul mereka
(peserta demonstrasi), kita perlu siasat Majlis Peguam sama ada mereka
benar-benar bebas daripada politik,” katanya lagi.
Terdapat beberapa laporan di
media sosial yang mendakwa perusuh yang merempuh sekatan polis adalah anggota
polis yang menyamar sebagai peserta demonstrasi dan menimbulkan provokasi.
Bekas Setiausaha Umno Bandar
Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin sebelum ini di laman Facebook miliknya
mendedahkan kononnya terdapat pihak polis yang menyamar dan memulakan provokasi
terhadap pihak polis bagi menimbulkan kekacauan dalam perhimpunan Bersih 3.0 'Duduk
Bantah' kelmarin.
Berdasarkan laman Facebook
tersebut, Zaharin menyatakan beliau mengenali anggota polis yang kelihatan
sebagai peserta dengan memakai kemeja-T berwarna kuning.
Dalam kenyataan di Facebook
beliau, Zaharin berkata, “polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan
anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju
Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari
Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi.”
“Saya tak tegur dia pun.
Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning. Dan, saya jumpa banyak
yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai
yang tidak tahu apa benda ini,” kata beliau.
Malah, Zaharin turut
menganggarkan terdapat kira-kira 2,000 anggota polis yang menyamar di dalam
kumpulan peserta demonstrasi Bersih 3.0.
“Jika berapa pun dia kata...
kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih.”
“Yang menafikan mereka pun
puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun
saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe,
puak-puak Pas bodoh ini kut nyer,” tambah Zaharin di laman Facebook miliknya
itu.
The participants should be rational since this is supposed to be a peaceful rally.
ReplyDeleteThis is what happened when they are being too emotional.
DeleteIs it true that Anwar told the demo participants to attack the police force during the rally just to create chaos?
ReplyDeleteThe possibility is always there. He is not an angel.
DeleteAnwar mmg ingikan kekecohan berlaku, itu dia harapkan.
ReplyDeleteTu la tujuan dia untuk memburukan kerajaan dan polis melalui Bersih.
Deletekalau pilihanraya bersih dan adil sekalipun, Pakatan tetap tidak akan mampu merampas puterajaya.. sebab itu mereka gunakan demonstrasi jalanan untuk mencapai hasrat mereka dengan cara paling tidak demokratik dan jijik..
DeleteAnwar ini bila sudah salah mulalah menafikan yang bukan-bukan dan menuduh UMNO yang Salah.
ReplyDeleteitu juga merupakan sebahagian dari modus operandi Anwar.. nafi, nafi, nafi.. bila wartawan tanya soalan, dia tengking pula wartawan atau bagi jawapan rasmi 'soalan umno'..
DeleteTidak hairan kalau Anwar menyuruh atas mengarahkan kunco2nya membuat kacau dan merusuh.
ReplyDeletesiapa tidak kenal Anwar.. ketika pengumuman keputusan kes liwat beliau pun dia suruh penyokong2nya berhimpun di hadapan mahkamah.. tidak cukup dengan itu, dia suruh lagi mahasiswa berdemo termasuk melakukan ancaman bunuh kepada pemimpin2 kerajaan..
ReplyDeletepatut la pembangkang beriya2 mahu ISA dimansuhkan.. supaya mereka bebas melakukan ancaman dalam negara..
ReplyDelete