Tuesday, 1 May 2012

BARANG SEMAKIN MAHAL DI SABAH?




Saudara Pengarang,

SEDARKAH anda bahawa harga barang di Sabah telah meningkat naik secara mendadak? Puncanya tidak dapat dipastikan, tetapi mungkin berpunca daripada ketamakan pembekal atau orang tengah dan sebilangan peniaga yang ingin mengaut keuntungan segera.

Baru-baru ini saya singgah ke sebuah restoran di tingkat 3, Centre Point Sabah, untuk minum bersama rakan. Rakan saya membayar harga RM1.70 untuk segelas Teh Tarik. Manakala saya terpaksa membayar RM 2.70 untuk segelas Teh Ais.

Hasil tinjaun saya mendapati ramai pekedai telah menaikkan harga minuman dan makanan secara tiba-tiba tanpa sebarang notis. Sebagai perbandingan di restoran lain, segelas Teh Ais berharga di antara RM2.20- RM2.60.

Ini baru cerita teh Ais, belum lagi bahan makanan yang lain. Saya dimaklumkan semua harga barang makanan telah meningkat gara-gara pembekal yang menaikkan harga sesuka hati dan menyalahi Akta Percatutan.

Agak malang bagi Sabah yang dikekang oleh Dasar Kabotaj yang membebankan hanya mendapat gaji minima RM800 berbanding Semenanjung Malaysia RM900.

Kenapa Perdana Menteri tidak umumkan Dasar Gaji Minima bagi Sabah RM1,100; manakala di Semenanjung yang tidak dibebani Dasar Kabotaj seharusnya menerima gaji minima antara RM800 hingga RM900.

Salam Hormat,

AKU ANAK SABAH

24 comments:

  1. The Federal Government has announced the implementation of the Minimum Wage Policy and hopefully it will bring more benefits to the local Sabahans.

    ReplyDelete
  2. The Miminum Wage Policy will be implemented 6 months from now and Sabah will get at least RM800 minimum wage.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM800 masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian.

      Delete
  3. Replies
    1. Apa pun kita berharap agar semuanya akan berjalan lancar.

      Delete
  4. Well, stuffs in Sabah are indeed expensive.

    ReplyDelete
  5. Harga barangan di Sabah memang sudah sediakala naik. Namun saya percaya kerajaan Sabah mampu menanganinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan negeri harus pantau kenaikan barang yang melampau dan kenakan tindakan tegas kepada peniaga

      Delete
  6. Macam mana la ni kalau perbelanjaan melebihi pendapatan? Sana sini harga barang makin naik. Gaji itu2 saja.

    ReplyDelete
  7. Boikot saja mana2 penjual yang meletakkan harga terlalu tinggi pada makanan dan minuman mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dilaporkan mesti kena denda juga ni.

      Delete
  8. harga barangan sekarang mmg makin meningkat, kerana itu gaji minimum diperkenalkan.

    ReplyDelete
  9. Mana sudah kedai rakyat 1Malaysia, kedai makan 1Malaysia?

    ReplyDelete
  10. Kenaikan gaji minimum ini akan menyebabkan barangan naik harga juga.

    ReplyDelete
  11. Kerajaan cuba usahakan yang terbaik untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan harus mendengar suara rakyat berkenaan dasar gaji rendah ini khas di Sabah dimana perbelanjaan harian lebih tinggi berbanding Semenanjung.

    ReplyDelete
  13. Betul..Harga barang di Sabah boleh dikatakan lebih tinggi dari Semenanjung sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabotage policy harus dikaji semula dan bebanan rakyat Sabah harus dikurangkan.

      Delete
    2. ada banyak faktor lain turut menyumbang kepada keadaan itu seperti ketidakcekapan pengendalian kontena di pelabuhan, pengangkutan darat dan kewujudan orang tengah..

      Delete
  14. ada pelbagai faktor lain menyebabkan kenaikan harga barang di Sabah seperti kos penyimpanan barang dan perkhidmatan di pelabuhan.. kalaupun kabotaj polisi ini di mansuhkan, harga barang di Sabah tetap tidak akan berubah.. ditambah lagi dengan sikap peniaga yang suka mengaut keuntungan berlebihan..

    ReplyDelete
  15. dasar Kabotaj tidak menghalang kapal asing singgah di mana-mana pelabuhan di negara ini, termasuk ndi Sabah. selepas singgah di pelabuhan Klang, kapal sama boleh singgah di Sabah untuk menurun dan memuat naik kargo untuk ke destinasi antarabangsa seterusnya.

    ReplyDelete
  16. kerajaan sudah meliberalisasikan Dasar Kabotaj bagi pengangkutan kargo pindah kapal, termasuk antara di Pelabuhan Klang dan pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor dengan Pelabuhan Sepanggar di Sabah pada 3 Jun 2009. kapal asing bebas mengangkut kontena transit dari kapal induk yang singgah di Semenanjung sebelum ke Sabah..

    ReplyDelete
  17. berkenaan dengan gaji minimum, negara2 yang telah melaksanakan skim ini berhadapan dengan masalah seperti kenaikkan harga barangan dan juga pengangguran(akibat proses pengurangan pekerja).. oleh itu, eloklah jika jumlah gaji minimum rm900/rm800 ini dilaksanakan untuk sementara waktu bagi menyesuaikan syarikat2 di negara ini dengan perubahan ini..

    ReplyDelete