Tuesday, 1 May 2012

POLIS JUGA MANUSIA, HORMATILAH MEREKA!



DAIF.....Polis yang keletihan hanya tidur di atas jalan raya, sedangkan pemimpin Pembangkang balik tidur di tilam ampuk di Bungalow mereka.  



Saudara Pengarang,

SEBAGAI salah seorang anak kepada anggota polis, saya ingin bersuara bagi pihak rakan-rakan saya. Memang negara ini negara demokrasi tetapi tidak bermakna sikap puak pembangkang yang memperkuda BERSIH 3.0 berhak memaki hamun sehingga menjatuhkan maruah serta harga diri pihak polis.

Mereka menggelarkan Anggota polis sebagai ANJING kerajaan. Jadi siapakah kami anak-anak POLIS ini? Adakah kami anak-anak ANJING? 

Tuduhan dan cacian yang tidak terbatas ini seolah-olah semua anggota Polis kaki rasuah, tidak boleh dipercayai; sehingga membuatkan hati saya untuk menulis segala yang terpendam di hati.



GADAI.....Polis sanggup menggadai nyawa demi mempastikan keselamatan awam terkawal.

Berlinangan air mata saya apbila melihat ada di antara anggota polis dipukul, diterajang seolah-olah mereka tidak punya sanak saudara atau anak isteri yang menanti kepulangan mereka dari bertugas.

Saban hari, terutama ketika waktu yang kritikal seperti Bersih 3.0, saya sering terfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah saya untuk kali terakhir kerana ayah akan berhadapan dengan makhluk-makhluk ganas yang begitu bencikan tugas ayah?

Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina di mata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yang ayah dan anggota polis lain dapat selama ini untuk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yang tidak halal, semata-mata kerana mereka bekerja untuk kerajaan yang dipilih oleh rakyat?

"Apakah Pembangkang sedar bagaimana seksanya tugas sebenar Polis demi menjaga keselamatan Rakyat Malaysia?"




VANDALISME....Bertamaddunkah Peserta Bersih 3.0 merosakkan harta benda awam termasuk kereta peronda polis ini?


Apa yang saya tahu setiap kali sebelum ayah pergi bekerja, ayah kami akan berjumpa kami adik beradik bersama ibu. Kami akan bersalam dan mencium tangan ayah dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi;

"Jangan lawan ibu, dengar cakap ibu. Jangan biadap dengan orang lain. Hormati hak orang lain."

Tetapi yang paling mengguriskan hati saya ialah ayah akan berkata jangan sesekali tinggal solat kerana itu adalah tiang agama kita.

Sedangkan di luar sana, ayah dan rakan-rakannya dicerca, dimaki, di ludah dan di pukul semata-mata untuk menjaga keamanan negara. Mereka yang berkelakuan demikian fikirkanlah. Dengan penghinaan yang sedemikian mustahil kami anak-anak anggota polis akan berdiam diri dan membiarkan orang tersayang dalam hidup kami diperlakukan seperti haiwan.




GANAS....Polis Di United Kingdom membelasah penunjuk perasaan dengan belantan besi.



CEDERA.....Polis di Malaysia dibelasah penunjuk perasaan sehingga cedera parah.


Tingkah laku peserta Bersih 3.0 kelihatan amat keji seolah-olah negara kita tidak mempunyai undang-undang dan peserta Bersih 3.0 masih belum menganut sebarang agama sehingga sanggup menghina, memukul dan menerajang dengan niat busuk kalau polis itu mati, maka itu adalah Piala Kejayaan mereka.

Inikah yang dikatakan perjuangan menegakkan keadilan; sedangkan keadilan di pihak kami, pihak ayah dan rakan-rakannya, pihak orang yang cintakan keamanan yang diketepikan selama ini?

Maaf! Bersih 3.0 telah menutup pintu hati kebanyakan kami terhadap perjuangan puak oportunis kerana kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan peserta Bersih 3.0 menghancurkan keamanan dan menimbulkan huru-hara. Negara yang aman damai ini akan hancur seandainya jatuh ke tangan puak yang tidak berperikemanusiaan ini.


REMPUH.....Unit Amal PAS merempuh kawalan polis. Kejam dan ganaskah polis?


Kepada ayah dan rakan-rakan polis, saya amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dalam melaksanakan tugas menjaga keamanan negara. InsyaAllah ayah, saya akan belajar rajin-rajin supaya menjadi insan yang berguna terhadap agama, bangsa dan negara dan akan menyara hidup keluarga agar ayah tidak perlu lagi mengharungi episod duka dan hina dina ini.

Sebagai anak, saya tetap berbangga dengan tugas ayah sebagai anggota polis yang sanggup menggadai nyawa demi keselamatan negara.

Amin!...

RBF

16 comments:

  1. Its a bit too harsh and insulting for calling the police as dogs.

    ReplyDelete
  2. The police are just receiving orders and doing their jobs.

    ReplyDelete
  3. Kalau ada kesusahan pun, polis juga yang dicari. Bukan semua polis jahat. Tiada yang sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. polis sering dijadikan mangsa oleh puak2 terdesak pembangkang.. konon polis bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan la, menggunakan kuasa untuk melindungi umno la dan sebagainya.. tapi adakah semua ini akan berlaku jika penganjur Bersih tidak membatalkan niat mereka menimbulkan kekecohan dalam negara??

      Delete
  4. Perjuangan yang menggunakan keganasan tidak akan berjaya.

    ReplyDelete
  5. polis berperanan menjaga keamanan, kita harus hargai polis. hormatiah mereka.

    ReplyDelete
  6. Saling hormat menghormati barulah tidak wujud keadaan seperti ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dikalangan pembangkang, tidak ada istilah hormat-menghormati selagi Anwar belum jadi perdana menteri.. mereka bukan sahaja tidak menghormati undang2 malah tidak menghormato Agong.. seolah2 negara ini mereka yang punya..

      Delete
  7. Bila berlaku kekecohan, polis juga yang disalahkan. kenapa tidak hentikan saja niat untuk adakan Bersih.sudah dijangka pun berlaku perkara buruk begini, sama macam Bersih 2.0.

    ReplyDelete
  8. Memang BERSIH ini tidak patut berlaku. Mereka ini tidak aman semana pun seperti apa yang dijanjikan oleh mereka. Namun sebaliknya yang berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tujuan mereka adalah untuk menimbulkan kekacauan dalam negara.. sebab itu mereka telah bersedia dengan jurukamera dan wartawan asing.. saya yakin 12 juta rakyat Malaysia tidak akan mengundi PR pada PRU13 nanti.. rakyat juga akan berfikir 'untuk apa mereka menyokong parti yang cintakan keganasan'..

      Delete
  9. Dengan perangai perserta Bersih 3.0 yang macam tu memang la polis kepenatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah.. pembangkang ni mana ada kerja selain menghasut rakyat 24 jam.. yang dia tahu hanya menyusahkan rakyat dan kerajaan.. sanggup buat apa sahaja asalkan Anwar naik jadi Perdana Menteri Malaysia yangs seterusnya..

      Delete
  10. polis sekadar menjalankan tugas.. mereka dibayar gaji untuk menjaga keamanan negara ini, menjaga kepentingan orang awam, harta benda awam dan para peniaga..

    ReplyDelete
  11. pembangkang negara ini memang dalam keadaan terdesak.. sengaja mengajak rakyat untuk bertempur dengan pihak polis semata2 terlalu mengidam dengan jawatan kabinet..

    ReplyDelete