Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Bersih akan
kembali kepada fokus utama mereka menuntut pilihan raya adil bersih, kali ini
dengan merantau ke seluruh pelusuk tanah air bagi kempen mengajak pengundi
berdaftar keluar mengundi ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dijangka
tidak lama lagi.
Badan pemerhati pilihan raya
itu akan memulakan kempen "Keluar Mengundi, Lawan Penipuan" bermula
Jun depan dengan memberikan fokus utama di kawasan pedalaman.
"Bersih akan kembali
kepada agenda utama kami. Dengan mengadakan "roadshow" bermula Jun
depan. Kami akan memberi penjelasan kenapa pengundi perlu keluar mengundi dan
melawan penipuan dalam sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR)," kata ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah ketika
perhimpunan vigil pasca Bersih di hadapan pintu masuk Taman Tasik Perdana.
Jelas Maria, antara aktiviti
yang akan diadakan adalah sesi forum dan ceramah daripada panel Bersih.
"Setakat ini kami telah
merancang akan mengadakan 7 forum dalam aktiviti tersebut termasuk ceramah di
kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
"Kami bergerak atas
nama Bersih, dan tidak melibatkan mana-mana parti, namun sekiranya ada jemputan
daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) untuk menjemput kami
dalam ceramah mereka, kami amat mengalu-alukannya.
Tambah Maria, "kempen
itu akan bermula minggu kedua Jun depan di negeri - negeri seperti Perak,
Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau - Pinang, dan Melaka, manakala di Johor akan
dibuat pada bulan Julai."
"Lokasi lain masih
dalam perbincangan, dan lokasi-lokasi kempen ini juga belum diputuskan,"
katanya lagi.
Himpunan vigil anjuran Suara
Rakyat Malaysia (Suaram) itu menyaksikan sekitar 10-15 peserta memegang lilin
dan membawa plakad tertera perkataan "hentikan keganasan polis,"
"polis perlu bebas daripada pengaruh politik," dan "kami mahu
IPCMC."
Malah, peserta turut
melaungkan slogan "polis baik kami suka," dan "polis jahat kami
benci," di hadapan perkarangan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sejurus perhimpunan yang bermula
jam 8 malam itu tamat sejam kemudian, pihak polis mula datang dan memerhatikan
kumpulan tersebut. Bagaimanapun tiada insiden kekasaran berlaku antara peserta
dan polis.
Bersih kena pastikan mereka tidak cetuskan kekecohan lagi.
ReplyDeleteBertindak secara rasional, bukannya emosional dalam satu2 perkara.
ReplyDeleteyang pasti jgnlah ada kekecohan dan keganasan.
ReplyDeleteBelum berlalu isu keganasan Bersih, ada sudah aktiviti lain mereka.
ReplyDeleteSemoga PRU 13 ini akan berjalan dengan lancar dan baik.
ReplyDeletebila ban yak bantahan terhadap perhimpunan Bersih 3.0, kini di rancang untuk kaedah lain pula.. seolah2 Bersih ini sebuah parti politik yang akan bertanding masa PRU nanti hingga tanpa segan silu berkempan di seluruh pelusuk negara..
ReplyDelete