PUTRAJAYA : Kuala Lumpur
terlepas peluang pelaburan RM20 juta selepas pelabur Korea Selatan menangguhkan
hasratnya itu berikutan kekecohan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas,
kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik
Raja Zainal Abidin.
Beliau berkata ahli
perniagaan Korea Selatan itu menemuinya sebelum perhimpunan dan menyatakan
hasrat melabur di Kuala Lumpur namun menangguhkan tujuannya itu selepas melihat
keganasan yang terjadi.
“Selepas Bersih, saya
menghubungi beliau bertanyakan keputusannya tetapi jawapan diberi ‘tidak
sekarang’ selepas melihat menerusi televisyen keadaan tidak menentu di ibu
negara,” kata Raja Nong Chik kepada pemberita selepas merasmikan majlis Segmen
Luar Bandar di Perhimpunaan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara di sini kelmarin.
Beliau berkata kerugian yang
ditanggung tidak termasuk yang terpaksa dialami para peniaga di ibu negara,
malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri mengeluarkan belanja
RM300,000 membaiki kerosakan yang berlaku semasa perhimpunan.
Katanya, kerugian tidak
termasuk kos yang terpaksa dibayar kepada Alam Flora untuk kerja pembersihan
sampah yang ditinggalkan oleh ribuan penyokong Bersih.
Raja Nong Chik berkata
ratusan ribu ringgit terpaksa dikeluarkan untuk membersih dan menyusun kembali
kawasan yang terjejas selepas perhimpunan haram sebelum itu, Bersih 2.0, pada
2011.
Beliau menjelaskan walaupun
Dataran Merdeka sebuah kawasan awam, ia merupakan tapak bersejarah dan menjadi
tanggungjawab DBKL menjaga dan melindungi kawasan itu.
“Kalau hendak demonstrasi
kita beri mereka tempat seperti dalam stadium. Perbuatan mereka menyalahi Akta
Perhimpunan Aman sedangkan akta itu telah menetapkan tempat-tempat berhimpun
yang dibolehkan,” katanya.
“Perhimpunan yang telah
dibuat di kawasan terkawal seperti Stadium Bukit Jalil baru-baru ini, tidak
diganggu oleh pihak berkuasa, tetapi penyokong Bersih berkeras hendak ke
Dataran Merdeka sedangkan dataran tersebut adalah kepunyaan orang ramai dan
pelancong,” katanya.
Raja Nong Chik berkata
penyokong Bersih tidak sepatutnya memutar belitkan fakta dengan menyatakan
Dataran Merdeka adalah hak rakyat dan mereka bebas berbuat apa sahaja sedangkan
kebebasan itu juga milik orang ramai yang cintakan keamanan. (Bernama)
Bersih 3.0 lebih banyak bawa kesan negatif!
ReplyDeletePeserta Bersih di KL tidak berpegang pada janji mereka.
ReplyDeleteMemang susah untuk kawal kelakuan peserta Bersih. lagi bagus kalau tidak dilaksanakan.
Deleteperhimpunan bersih mmg byk memberi kesan negatif, negara hilang pelabur kerana bersih.
ReplyDeletewajarlah penganjur Bersih ni membayar ganti rugi.
ReplyDeleteTengok apa BERSIH telah lakukan. Merugikan orang lain saja dengan perhimpunan tersebut.
ReplyDeletelagi besar kerugian, lagi suka la pemimpin2 pembangkang dan juga penganjur2 Bersih.. nampak sangat mereka mahu menghancurkan negara ini, bukannya mahu memperbaiki..
ReplyDeletetunggu saja beberapa bulan akan datang.. akan keluarlah kenyataan dari mulut pemimpin2 pembangkang bahawa kerajaan persekutuan telah gagal menarik pelabur sedangkan mereka la yang menggagalkan hasrat kerajaan untuk menarik pelabur asing..
ReplyDelete