BERLUBANG….Nazmah
bersama-sama orang kampung meninjau kerosakan jalan yang tidak pernah
disenggelarakan sebelum menganjurkan gotong-royong.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : NORASMAH TAKBIRUL
SUDAH 2 tahun kerosakan
jalan masuk menuju ke kampung Sungai Tohuk, Semporna tidak diambil peduli oleh
Wakil Rakyat Bugaya; bukan satu-dua kali laporan dibuat, malah sudah berbuih-buih
mulut mengadu, tetapi sehingga sekarang tidak diambil sebarang tindakan.
Boleh dikatakan seluruh penduduk
kampung yang tinggal di DUN Bugaya adalah penyokong tegar UMNO, tetapi
kehidupan mereka masih dibelenggu kemunduran dalam segala aspek pembangunan
asas yang sepatutnya disalurkan oleh kerajaan yang ada sekarang.
"Tengok sajalah
jalanraya di kampung kami. Berlubang sana berlubang sini. Mana mereka mahu
ambil peduli, malahan dibiarkan saja. Sudah banyak kenderaan yang lalu di jalan
ini mengalami kerosakan kerana kemalangan," kata seorang penduduk Kampung
Sungai Tohuk, Modali Mad Jana yang menceritakan masalah ini kepada Ketua Sri
Kandi Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Semporna, Nazmahwati Walli.
Kata Modali, mereka
seolah-olah diperbodoh dan dipermainkan seperti boneka (Anak Patung) kerana
semua penduduk diberikan bendera UMNO/BN untuk dipacak di setiap sudut rumah
masing-masing dengan bayaran RM50 sebagai bukti mereka penyokong setia BN dan
jadi kubu kuat UMNO.
"Ini semuanya temberang.
Hanya satu sandiwara UMNO/BN saja supaya parti-parti pembangkang gentar bila
nampak bahawa kampung kami 100 peratus penyokong kuat UMNO. Sedangkan pada
hakikatnya, ini semuanya satu pembohongan besar kepada rakyat," ujar
Modali dengan nada sinis dan hampir tergelak.
Kami Modali lagi, penduduk dijanjikan
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi sehingga sekarang satu tiang
pun tiada; sebaliknya jika ada kelulusan yang diberikan hanya untuk kaum
kerabat dan suku sakat ADUN sahaja.
“Namun sebaliknya rakyat
yang tiada kaitan dengan ADUN, hanya mampu mengeluh dan gigit jari. Mahu laporkan
ke mana? Siapa yang mahu memperdulikan nasib malang kami. Mujurlah ada
Sabahkini.Net untuk kami mengadu hal-hal kami. Sekurang-kurangnya kalau tersiar
di Sabahkini.Net Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia tahu juga
masalah rakyat di Semporna. Tahu juga mereka apa yang Wakil Rakyat Bugaya sudah
buat sama kami selama ini," ujar Modali yang kesal kerana penduduk kampung
terus dilanda kemiskinan disebabkan sistem penyampaian kerajaan yang cacat dan tidak
mencapai sasaran.
byk jalan2 rosak di Sabah, ia haruslah diperbaiki.
ReplyDeleteharap tindakan pembaikan akan dibuat dengan segera.
Deletethere are many roads that are damage, not only this. How do you expect the government to fix all roads in one go.
ReplyDeleteNevertheless, i hope the government could act immediately to fix the roads in order to prevent accidents happen.
DeletePihak berkuasa harus bertindak cepat untuk membaiki kelemahan ini.
ReplyDeletesemoga langkah penyelesaian akan diambil berhubung pekara ini.
DeleteMasa juga diperlukan untuk membaiki kerosakan, tetepi jangan pula menunggu bertahun-tahun.
ReplyDeleteHarapkan tindakan dapat diambil dalam masa yang singkat.
DeleteWR harus turun padang dan memahami keadaan rakyat.
ReplyDeleteSemua aduan yang dibuat oleh rakyat harus diuruskan dengan baik.
ReplyDeleteAduan yang dibuat tidak harus diabaikan.
DeleteSUDAH 2 tahun kerosakan jalan masuk menuju ke kampung Sungai Tohuk, Semporna tidak diambil peduli oleh Wakil Rakyat Bugaya;
ReplyDeleteKenapa WR gagal mengendali aduan yang dibuat selama 2 tahun lamanya? Apakah penjelasan?
kadang2 kerosakan kecil macam ni dipandang remeh saja sampailah ada aduan dibuat baru mau bertindak.
Deletestyle DAP. kira bagus sudah jalan ni sebab sudah berturap cuma kerosakan kecil tu perlu diperbaiki supaya tidak menjadi bertambah teruk.
ReplyDeletebuat komplen sambil bergambar di sana..mau dapat perhatian mungkin..
DeleteMasalah jalan raya di Sabah masih kurang bermaju.
ReplyDeleteJalan raya di Sabah merupakan masalah yang serius, banyak kawasan pedalaman masih tidak mempunyai sistem jalanraya yang wajar.
ReplyDeleteHarapkan WR turun padang dan memahami keadaan.
ReplyDeletePihak berkuasa harus bertanggung jawab untuk memberi jalanraya yang lebih wajar untuk digunakan.
ReplyDeleteNampaknya PKR mula giat melakukan pencarian masalah yang dihadapi oleh penduduk.
ReplyDeletePastikan jalanraya itu selamat untuk digunakan oleh pengguna.
ReplyDeleteKeselamatan pengguna harus diutamakan. Pihak berkenaan harus segera bertindak.
Deletesebarang masalah yang berlaku harus diselesaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteusaha untuk memenuhi keperluan dan kemudahan kepada rakyat harus dibuat dari masa ke masa.
ReplyDeleteMasalah tu perlu diselesaikan segera.
Delete""ujar Modali yang kesal kerana penduduk kampung terus dilanda kemiskinan disebabkan sistem penyampaian kerajaan yang cacat dan tidak mencapai sasaran.""
ReplyDeletekenapa bangsa lain boleh keluar dari kepompong kemiskinan?? kerajaan mereka tidak sama ka dengan kerajaan BN?? berkenaan dengan kemiskinan itu, salahkan la diri sendiri..
si Nazmahwati yang penglibatannya dalam politik hanya kerana jawatan tidak akan membantu rakyat sekiranya PKR berjaya rampas kerajaan negeri.. sekarang ni memang senang la tuding jari.. bila tiba giliran mereka nanti, 1001 alasan dia bagi kepada rakyat..
ReplyDelete