SIJIL...Dato
Sri Nasir (kiri) diringi Tahir Amir(dua kiri dan OKK Musa (tiga kiri)
menyampaikan sijil seminar kepada wakil peserta sempena Seminar Memperkasa
Peranan UPKR & Mahkamah Anak Negeri Dun Senallang di Semporna.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Menteri Di Jabatan
Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, yakin rakyat kini lebih bijak
menilai prestasi kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan terpengaruh
dengan propaganda yang disebar pihak pembangkang.
Katanya, rakyat negeri Sabah
yang telah hidup dalam keadaan aman, makmur dan selamat sejak Kerajaan BN
memerintah negeri ini lebih selesa dengan kehidupan yang harmoni kaum sambil
mengamalkan konsep 1Malaysia yang merentasi budaya dan kaum.
Nasir, menjelaskan rakyat
juga tidak terpesona dengan trend politik yang sering diwar-warkan pembangkang
yang mengajar rakyat berdemonstrasi jalanan dan berkelakuan ganas,maki hamun
serta menyebar fitnah berbanding kerajaan BN yang mengutamakan rakyat dengan
pelbagai kasih sayang berlandaskan Tradisi Membela Rakyat dan Konsep 1Malaysia,
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Beliau berkata demikian
sempena, Seminar Memperkasa Peranan UPKR & Mahkamah Anak Negeri Kawasan DUN
Senallang Menghadapi PRU-13 di Dewan Serbaguna Perpustakaan Cawangan Semporna
di sini.
Seminar sehari itu disertai
Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Aanak Negeri dan Wakil-wakil Ketua Anak Negeri
serta Pengerusi-pengerusi JKKK bagi Kawasan DUN Senallang.
Hadir sama sempena majlis
itu, Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah
Semporna Dun Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Pembangunan Masyarakat
Kawasan Senallang, Roslan Jalaludin dan Pegawai Perhubungan Dun Senallang, Haji
Zainal Jalaludin serta kakitangan UPKR Senallang.
Beliau
berkata,pemimpin-pemimpin pembangkang yang sering melaung-laungkan reformasi
dan Ubah hanya berjanji kosong dan sering mengelirukan rakyat dengan pelbagai
tomahan kepada kerajaan BN.
Ujarnya lagi,sedangkan
kerajaan BN sentiasa memeduli kepentingan rakyat dengan pelbagai bantuan yang
telah dan sedang dinikmati segenap lapisan rakyat.
Nasir yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun)Kawasan Senallang, menegaskan misi dan visi kepimpinan
yang diterajui Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak jelas dan tulus
membela nasib rakyat melalui penyaluran pelbagai bantuan termasuk BR1M; Kedai
Rakyat; Klinik 1Malaysia dan bantuan pelajar; penghargaan kepada bekas anggota
PDRM dan menaikkan gaji penjawat awam.
Katanya, semua itu dilakukan
oleh pucuk pimpinan kerajaan BN semata-mata demi mengasihi rakyat yang
berhadapan dengan keadaan ekonomi dan sara hidup yang semakin tinggi pada masa
kini.
Beliau yang juga Timbalan
Ketua Bahagian UMNO Bahagian Semporna,turut menghargai dan berterima kasih
kepada rakyat yang sentiasa memberikan sokongan padu dan menyenangi kerajaan BN
yang diterajui Dato Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri
Panglima Musa Haji Aman.
Sehubungan itu Nasir
menasihatkan Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua & Wakil-Wakil Ketua Anak
Negeri dan Pengerusi-pengerusi JKKK terus berusaha meningkatkan prestasi
perkhidmatan mereka dengan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai mata
dan telinga kerajaan selaras dengan Aku Janji yang dilafazkan sebagai penjawat
awam.
Nasir berkata, mereka
(pemimpin masyarakat) merupakan pemimpin yang telah diberikan tanggungjawab
sebagai pentadbir dan menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat di akar umbi
supaya rakyat maklum dan tahu semua agenda yang hendak dan akan dilaksanakan
kerajaan untuk membela rakyat.
“Ingatlah, sebagai penjawat
awam, jawatan yang diberikan oleh kerajaan merupakan “Amanah” dan tanggungjawab
yang wajib dilaksanakan berdasarkan perintah-perintah Am dan bukannya untuk
kepentingan diri dan keluarga tetapi untuk kepentingan rakyat di kawasan masing-masing,”kata
Nasir.
prestasi BN amat baik di Sabah, moga ia akan terus meningkat.
ReplyDeleteDari pengalaman sepanjang PRU yang pernah dijalankan sebelum ni pastinya rakyat sudah matang untuk menilai segala tindak tanduk parti dan pemimpinnya.
ReplyDeleteOf course the people/voters are wiser than before.
ReplyDeleteNilai sendiri dan bukannya mendengar hasutan daripada pihak tertentu.
ReplyDeleteBetul2. kalau dengan pembangkang pasti menghasut saja tu.
DeleteUndi la dengan bijaksana.
ReplyDeletePrime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said public confidence in the Barisan Nasional (BN) leadership at the federal and state levels is growing because the coalition fulfills its pledges according to its capability.
ReplyDeleteHe said the promises were proven through the various aid given to the people such as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M), the existence of the 1Malaysia People’s Shop (KR1M) and the 1Malaysia People’s Menu, the granting of subsidies in the various sectors such as petrol subsidy.
ReplyDeleteIn addition, Najib also hinted that he would announce a ‘windfall’ for the settler community soon as well as several other incentives for the people.
ReplyDelete“The quantum I will not disclose yet, when the time comes I will make the announcement. Let there be a little suspense,” he said.
ReplyDeleteHe said the BN government constantly strived for the prosperity of the people and ‘did not know how to spin’.
ReplyDelete“That is their (opposition’s) politics, always spinning, everything (that we do) is wrong. What we are doing for the people, they want to destroy,” he said.
ReplyDeleteNajib also expressed his commitment to continue to work hard as the prime minister for the sake of the people.
ReplyDelete