Tuesday, 1 May 2012

MTUC SAMBUT BAIK GAJI MINIMA SEKTOR SWASTA





KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan kadar gaji minimum bagi sektor swasta yang diumum kerajaan dapat membela nasib pekerja khususnya yang berada di bawah garis kemiskinan.

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata keputusan itu jalan terbaik untuk membela nasib mereka pada masa depan, selain meningkatkan semangat untuk mereka bekerja lebih tekun sekali gus membantu kerajaan mencapai sasaran menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada 2020.

"Ia adalah permulaan bagi pekerja swasta di negara ini kerana dengan keputusan itu mereka tidak akan lagi dibayar di bawah kadar gaji minimum yang diumumkan oleh kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini Isnin malam.

Beliau berkata pengumuman gaji minimun itu juga merupakan satu petanda baik selain menjadi kebanggaan pihaknya kerana perjuangan selama ini menjadi kenyataan.

Pada majlis itu Najib mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam. (Bernama)

15 comments:

  1. Saya rasa kita patut tunggu sehinggan polisi gaji minimum RM800 untuk Sabah dan RM900 untuk Semenanjung untuk dilaksanakan terlebih dahulu barulah membuat apapa tuntutan baru. Ini supaya memastikan ia membawa manfaat kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap gaji minimun ini akan dapat memotivasikan golongan pekerja di Malaysia.

      Delete
  2. Saya rasa bukan semua majikan akan bersetuju untuk menambah gaji minima sehingga RM1,500. Nanti semua syarikat bertindak mengurangkan pengambilan pekerja untuk menjimatkan kos, siapa yang susah? Pekerja yang dikekalkan banyak kerja, peluang pekerjaan di pasaran berkurangan dan sudah pasti banyak orang akan dipecat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadar yang ditetapkan kini adalah mengambilkira keadaan semasa dan juga kemampuan majikan.

      Delete
  3. Tidak logik menuntuk RM1,500 sebagai gaji minima tanpa pertimabangan yang sewajarnya. Nasib baik MTUC bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk melaksanakan polisi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan pasti telah dipertimbangkan dengan sebaiknya.

      Delete
  4. RM1,500? Ikut kelulusan atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelayakan perlu ada untuk dapatkan gaji RM1500.

      Delete
  5. Majikan yang berpendapatan kecil mana mampu mahu menggaji pekerja setinggi itu.

    ReplyDelete
  6. akhirnya perjuangan MTUC menuntuk gaji minimum berjaya. moga MTUC teruskan lagi menjaga hak2 dan kepentingan pekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan usaha untuk menjaga golongan pekerja.

      Delete
  7. penetapan gaji minimun disambut sebagai saatu permulaan yang baik.

    ReplyDelete
  8. Baguslah kalau ada yang menyambut baik kadar gaji minimum ini.

    ReplyDelete
  9. Memberi gaji yang tinggi adalah mengikut kelayakan.

    ReplyDelete
  10. walaupun gaji minimum yang diumumkan ini masih disifatkan sebagai rendah oleh banyak pihak, namun bagi saya ini adalah satu permulaan yang baik.. biarlah majikan dapat membiasakan diri dengan gaji minimum ini terlebih dahulu sebelum membuat permintaan yang lebih tinggi..

    ReplyDelete