KONGRES Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC) menyifatkan kadar gaji minimum bagi sektor swasta yang diumum
kerajaan dapat membela nasib pekerja khususnya yang berada di bawah garis
kemiskinan.
Presiden MTUC, Mohd Khalid
Atan berkata keputusan itu jalan terbaik untuk membela nasib mereka pada masa
depan, selain meningkatkan semangat untuk mereka bekerja lebih tekun sekali gus
membantu kerajaan mencapai sasaran menjadi negara maju berpendapatan tinggi
pada 2020.
"Ia adalah permulaan
bagi pekerja swasta di negara ini kerana dengan keputusan itu mereka tidak akan
lagi dibayar di bawah kadar gaji minimum yang diumumkan oleh kerajaan,"
katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman Gaji Minimum Sektor
Swasta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini Isnin malam.
Beliau berkata pengumuman
gaji minimun itu juga merupakan satu petanda baik selain menjadi kebanggaan
pihaknya kerana perjuangan selama ini menjadi kenyataan.
Pada majlis itu Najib
mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta RM900 sebulan atau
RM4.33 sejam untuk Semenanjung, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada
paras RM800 atau RM3.85 sejam. (Bernama)
Saya rasa kita patut tunggu sehinggan polisi gaji minimum RM800 untuk Sabah dan RM900 untuk Semenanjung untuk dilaksanakan terlebih dahulu barulah membuat apapa tuntutan baru. Ini supaya memastikan ia membawa manfaat kepada rakyat.
ReplyDeleteharap gaji minimun ini akan dapat memotivasikan golongan pekerja di Malaysia.
DeleteSaya rasa bukan semua majikan akan bersetuju untuk menambah gaji minima sehingga RM1,500. Nanti semua syarikat bertindak mengurangkan pengambilan pekerja untuk menjimatkan kos, siapa yang susah? Pekerja yang dikekalkan banyak kerja, peluang pekerjaan di pasaran berkurangan dan sudah pasti banyak orang akan dipecat.
ReplyDeletekadar yang ditetapkan kini adalah mengambilkira keadaan semasa dan juga kemampuan majikan.
DeleteTidak logik menuntuk RM1,500 sebagai gaji minima tanpa pertimabangan yang sewajarnya. Nasib baik MTUC bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk melaksanakan polisi ini.
ReplyDeletekeputusan yang telah dibuat oleh kerajaan pasti telah dipertimbangkan dengan sebaiknya.
DeleteRM1,500? Ikut kelulusan atau tidak?
ReplyDeleteKelayakan perlu ada untuk dapatkan gaji RM1500.
DeleteMajikan yang berpendapatan kecil mana mampu mahu menggaji pekerja setinggi itu.
ReplyDeleteakhirnya perjuangan MTUC menuntuk gaji minimum berjaya. moga MTUC teruskan lagi menjaga hak2 dan kepentingan pekerja.
ReplyDeleteteruskan usaha untuk menjaga golongan pekerja.
Deletepenetapan gaji minimun disambut sebagai saatu permulaan yang baik.
ReplyDeleteBaguslah kalau ada yang menyambut baik kadar gaji minimum ini.
ReplyDeleteMemberi gaji yang tinggi adalah mengikut kelayakan.
ReplyDeletewalaupun gaji minimum yang diumumkan ini masih disifatkan sebagai rendah oleh banyak pihak, namun bagi saya ini adalah satu permulaan yang baik.. biarlah majikan dapat membiasakan diri dengan gaji minimum ini terlebih dahulu sebelum membuat permintaan yang lebih tinggi..
ReplyDelete