SEWAKTU Datuk Seri Najib Tun
Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, ketika
itu suasana politik negara masih lagi hangat, manakala sokongan masyarakat
kepada parti memerintah masih berada di tahap rendah.
Dengan kekuatan sokongan
masyarakat Melayu masih terbahagi tiga, manakala sokongan dari kaum Cina dan India
semakin jatuh merudum, kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di
persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya.
Dilihat seimbas lalu,
situasi tersebut hampir sama dengan sejarah awal tampuk pemerintahan negara
waktu diambil alih oleh ayahanda beliau pada awal 1970-an dahulu.
Saat itu juga, kerajaan yang
memerintah baru sahaja mengalami kejutan dalam pilihanraya 1969 manakala
beberapa hari selepas itu ketenteraman dalam negara pula tergugat dengan
peristiwa rusuhan kaum 13 Mei.
Dengan hubungan kaum yang
agak tegang dan kekuatan kerajaan yang memerintah agak rapuh waktu itu,
sekiranya sedikit tersilap langkah dan salah percaturannya ada kebarangkalian
masa depan negara juga boleh tergugat sama sekali.
Namun, syukurlah berkat
kesungguhan Tun Abdul Razak yang cukup sabar, tabah dan gigih berusaha
menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul akhirnya bahtera negara kembali
ke landasan yang betul dan terus memacu ke hadapan dengan jayanya.
Seperti mengulangi sejarah
lampau, Najib juga tidak kekok dalam menghadapi bebanan masalah dan tidak
sesekali cuba menghindarinya. Beliau seperti meneladani kesungguhan dan
kegigihan usaha seperti ayahandanya dalam mendepani cabaran semasa.
Hasil kesabaran dan usaha
berterusan tanpa mengira penat lelah akhirnya membawa kepada peningkatan
sokongan rakyat kepada dirinya dan juga BN selaku parti pemerintah.
Sesungguhnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah berada di landasan yang
betul dalam memacu negara terus maju ke hadapan.
Dengan sokongan rakyat yang
semakin utuh kepadanya sebagai mana di dibuktikan oleh beberapa kajian akademik
oleh pihak UUM dan MPN. Malah kajian terbaru dari Merdeka Center yang
menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada PM mencapai angka 42%
juga merupakan satu petanda baik yang kesemuanya ini adalah hasil usaha
transformasi berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Walaupun mungkin ada sedikit
sebanyak khilaf dari segi ketepatannya, setiap kajian ini menggunakan sampel
dan kaedah kajian yang berbeza namun kesemuanya berkongsi satu keputusan yang
sama, rakyat semakin selesa dengan corak pentadbiran PM dan semakin yakin
dengan BN.
Justeru itu, sekiranya mood
dan trend ini dapat dikekalkan atau terus dipertingkatkan lagi, tidak mustahil
tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 2008 akan dapat ditukar halanya
untuk menumbangkan pula beberapa negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.
SUMBER : TAIPING MALI
No comments:
Post a Comment