KOTA KINABALU : Sabah akan
ketinggalan jauh dari segi pembangunan fizikal berbanding dengan negeri-negeri
lain di Malaysia jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah, kata Parti Maju
Sabah (SAPP).
Naib Presiden SAPP Tuan Haji
Jaafar Haji Ismail berkata, Sabah masih dilanda kemunduran tanpa sebarang
pembangunan mapan yang boleh dibanggakan sehingga ke hari ini. “Contoh jelas
ialah keadaan jalan raya dan bekalan letrik dimana banyak jalan-jalan
terutamanya di kawasan luar bandar masih belum lagi di aspal.
“Bekalan letrik juga masih
belum sempurna sehingga ada disetengah-setengah kawasan tiang lampu sudah
terpacak sejak sekian lama tetapi lampunya tidak hidup kerana bekalan letrik
masih belum ada,” katanya.
Beliau berucap pada majlis
penyampaian Ole-Ole Hari Raya Aidilfitri dan berbuka puasa anjuran Jawatankuasa
Perhubungan Kawasan (CLC) SAPP
Karambunai di Kampung Chenderamata II, Likas, di sini.
Hadir sama, Presiden SAPP
merangkap Pengerusi CLC Karambunai Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Penasihat
SAPP yang juga bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, Timbalan
Presiden selaku Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun dan Timbalan
Presiden selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan.
Turut hadir, Penasihat SAPP
Awang Talip, Pengerusi majlis Mulkaseh Renda, Ketua Wanita selaku ADUN Luyang
Melanie Chia, Ketua Penerangan Chong Pit Fah dan Ahli Majlis Tertinggi
merangkap Penolong Pengerusi Penganjur Stephan Gaimin.
Jaafar seterusnya berkata,
kemunduran yang melanda Sabah selama ini berpunca daripada kelemahan
pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Katanya, Musa hanya mementingkan
diri sendiri dan ahli keluarga sahaja serta kroni-kroninya sehingga
membelakangkan rakyat yang memerlukan pembangunan.
Beliau berkata, jalan
terbaik untuk mengubah nasib rakyat dan negeri Sabah ialah dengan menukar
tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri daripada BN kepada SAPP.
Manakala, Mulkaseh dalam
ucapannya berkata, Kerajaan BN Sabah pada hari ini tidak berupaya membantu
rakyat walaupun jumlah mereka hanya sedikit sahaja. “Sebagai contoh, nasib
malang yang menimpa mangsa kebakaran di Kampung Chenderamata II sejak April lalu
masih belum terbela sehingga ke hari ini.
“Ada sesetangah daripada
mereka terpaksa tinggal dalam pondok yang dibina di atas tapak tanah bekas
rumah mereka yang terbakar itu. Ada juga yang mampu membina semula rumah
masing-masing tetapi masih belum mendapat bekalan letrik walaupun pendawaian
sudah siap dipasang,” katanya.
Katanya, sebanyak 12 rumah
musnah dalam kebakaran itu tetapi Kerajaan BN Sabah masih gagal menghulurkan
bantuan yang sepatutnya sehingga ke hari ini.
“Kira-kira 12 tahun lalu,
kebakaran besar telah memusnahkan hampir keseluruhan kampung ini tetapi dapat
dibangunkan semula sehingga menjadi sebuah perkampungan terindah di bandaraya
ini hasil bantuan daripada Ketua Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Panglima
Yong Teck Lee.
“Ini menunjukkan Teck Lee
berupaya membawa perubahan,” katanya sambil menambah, Sabah akan mendapat
perubahan yang diinginkan jika SAPP mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan
Negeri selepas pilihan raya umum akan datang.
Mulkaseh berkata, rakyat
perlu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada SAPP pada pilihan raya umum
kali ke-13 akan datang agar Sabah dapat dimajukan seiring dengan keperluan
rakyat.
Even if Sabah decided to change government, we won't chose SAPP.
ReplyDeleteThe people of Sabah have lost their confidence on SAPP, especially Yong Teck Lee.
ReplyDeleteThe defeat in Batu Sapi was a clear sign.
Deleterakyat sabah akan membuat keputusan memilih kerajaan yang mereka inginkan.
ReplyDeleteapapun, rasanya SAPP bukan pilihan rakyat Sabah.
ReplyDeleteSAPP berenti bermimpi.. tidak akan dapat sokongan rakyat.
ReplyDeleteBiar rakyat menentukan parti mana yang mereka pilih..harap kerajaan tidak akan bertukar.
ReplyDeleteWhich new govt? SAPP? My foot.
ReplyDeleteTukarlah kalau Dapat. Kita tunggu Lajim mampu atau tidak menukar kerajaan yang ada sekarang ini. Jangan terlalu yakin dengan menyertai PR akan dapat menawan Sabah.
ReplyDeleteKerajaan yang ada sekarang ini pun masih relevan rasanya penduduk Sabah akan terus menyokong kerajaan yang ada sekarang ini.
ReplyDelete