TUARAN: Rakyat Sabah diajak
agar memilih pemimpin yang tepat untuk negeri itu bukan sekadar "Sabah
untuk orang Sabah sahaja."
Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap "Sabah untuk orang Sabah
sahaja." tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu.
"Kalau orang semenanjung
juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan. Jadi saya sarankan,
pilihlah pemimpin Sabah yang tepat dan baik dari kalangan orang Sabah,"
kata Anwar.
Beliau berucap di majlis
pengisytiharan anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar
Barisan Nasional (BN) dan menyokong Pakatan Rakyat.
Janji
Pakatan
Dalam ucapan itu, Anwar juga
mengulangi janji Pakatan Rakyat sebelum ini akan memberikan 20 peratus royalti
minyak kepada semua negeri yang mengeluarkan minyak di negara ini termasuk
Sabah.
Beliau yakin, dengan
penjimatan dan urustadbir yang baik, kerajaan mampu menjimatkan RM20 bilion
setahun dari ketirisan akibat salah guna kuasa dan korupsi sekarang ini.
Beliau juga mengumumkan,
harga petrol akan diturunkan jika Pakatan Rakyat memerintah negara.
"Hari ini menang, esok
saya akan umumkan penurunan harga petrol," kata beliau.
Beliau juga memberikan
jaminan tidak akan melakukan politik dendam apabila Pakatan Rakyat menang
nanti.
"Saya berpengalaman di
penjara, dipukul, ditelanjang dan sebagainya. Mereka ingat bila kita menang
kita akan lakukan semua itu.
"Tidak. Kita tidak akan
lakukan politik dendam. Apa yang kita mahu adalah negara ini ditadbir dengan
baik dan melaksanakan politik bersih," kata Anwar. (HarakahDaily)
Of course Datuk Anwar will say that, he wanted the Sabahans to vote for him.
ReplyDeleteIf PKR wanted to compete in Sabah, they must be careful of the opposition parties. SAPP and STAR are backstabbing PKR by asking the Sabahans not to give support to them even though they said they wanted to cooperate with PKR.
ReplyDeleteThe oppositions themselves could not make a good team. They can't be trusted.
Deleterakyat tau memilih mana pemimpin yang terbaik.
ReplyDeleteAnwar bukan orang Sabah, jgn sokong dia.
ReplyDeleteIs it logic to allow Sabah be governed by those who were responsible for IC project in Sabah?
ReplyDeleteKalau benar untuk Sabah kenapa perlu menyertai PR? Bukankah PR itu parti dari semenanjung.
ReplyDeleteCakap Sabah untuk pemimpin Sabah. Kalau begitu bagus lagi piliha SAPP atau STAR dari PR. Tidakkan kerana janji Anwar menyebabkan Lajim menjual Sabah kepada PR.
ReplyDelete