SELAIN sentuhan, wanita juga
suka dicium oleh pasangannya. Namun ciuman tersebut tidak hanya di mulut
sahaja, ada juga bahagian tubuh lain yang wanita suka untuk dicium.
Berikut ini enam bahagian
tubuh tersebut:
1. Telinga
Telinga kerap jadi bahagian
tubuh yang dilupakan untuk disentuh ketika lelaki melakukan fore play untuk
pasangannya. Padahal dengan mencium di telinga, boleh meningkatkan libido
wanita. Cubalah mencium perlahan telinga pasangan anda dan rasakan sensasi yang
akan diperolehi.
2. Belakang Leher
Salah satu cara yang paling
mudah mendapatkan mood wanita untuk diajak bercinta adalah dengan mencium
bahagian belakang lehernya. Mencium bahagian belakang leher ini boleh dilakukan
apabila anda tiba-tiba ingin memberikan kejutan yang tidak disangka, seperti ketika
dia tengah mencuci pinggan atau bekerja di depan komputer.
3. Wajah
Semasa mencium wanita di
wajah, ciuman tersebut lebih dari sekadar ciuman. Ketika melakukannya, ada
kehangatan yang dirasakan. Cuba cium pasangan dengan ringan dan lembut di
bahagian pipi, dahi, dan garis rahangnya. Tetapi jangan sesekali menjilat
wajahnya kerana sangat tidak seksi. Wajah pasangan anda sebaiknya dilayan
dengan lembut.
4. Tulang Selangka
Semasa pasangan anda masih
memakai baju, salah satu tempat yang cukup intim untuk dicium. Buat anda yang
belum tahu, tulang selangka ada di dekat bahu. Tulang yang menonjol di bahagian
bahu, itulah tulang selangka.
5. Punggung
Anda tentu tidak menyangka
kalau punggung adalah salah satu kawasan sensitif wanita. Punggung boleh jadi
sangat sensitif untuk wanita kerana bahagian tubuh tersebut sudah dekat dengan
kawasan yang memang anda ingin datangi.
6. Payudara
Mencium payudara wanita
boleh jadi sangat seksi. Namun kalau anda salah melakukannya, perkara tersebut
boleh membuat wanita jadi hilang selera untuk bercinta. Jangan sesekali
menggigit payudaranya jika memang pasangan anda bukan jenis orang yang suka
itu. (MyTabloid)
No comments:
Post a Comment