Wednesday, 26 September 2012

ASTAKA CUNGKIL 33 PELATIH SEPAK TAKRAW




Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

KLINIK Sepak Takraw dan mencari bakat  bagi  Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Sandakan  yang dijalankan selama 3 hari bermula pada 26  hingga 28 September 2012 ini  mendapat sambutan yang menggalakan.

Program anjuran Persatuan Sepak Takraw  Sabah (ASTAKA) yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sandakan  berjaya mengumpul seramai 33 remaja dan belia dari seluruh Sabah untuk mengikuti kursus tersebut.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Sabah, Datuk Haji Awang Sham  Amit (gambar kiri) semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan  pembukaan program tersebut; antara lain menjelaskan tujuan program itu diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru dalam arena sepak takraw  sebagai persediaan ke SUKMA bagi tahun 2014 dan 2016 nanti.

“Beberapa kaedah yang ditunjuk ajar oleh para jurulatih professional  kepada para remaja ialah untuk membimbing dan memberi latihan secukupnya kepada mereka agar menjadi pemain sepak takraw yang berpotensi; bukan  saja di peringkat daerah, negeri bahkan diperingkat kebangsaan dan antara bangsa” jelas Awang Sham.

“Inilah konsep dan dasar perjuangan ASTAKA sejak ditubuhkan beberapa tahun lalu yang bertujuan untuk menyatukan semua pemain sepak takraw yang  ada di seluruh negeri atau daerah bahkan menjurus untuk mencari pemain-pemain baru sebagai pemain pelapis pemain-pemain yang sedia ada,” ujarnya.







Kata, Awang Sham lagi beberapa jurulatih (Training Instructor) yang didatangkan khas dari Thailand dan Semenanjung akan memberikan latihan sama ada berbentuk teori mahupun praktikal kepada para peserta terbabit.

Awang Sham menjelaskan semua peserta yang mengikuti latihan selama tiga hari berturut-turut itu segala kemudahan tempat tinggal makan dan minum adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur.

Dalam pada itu, Awang Sham menasihatkan para peserta agar belajar bersungguh-sungguh kerana peluang untuk mengikuti kursus ataupun latihan secara percuma ini datangnya hanya sekali saja dan jangan harapan pihak ASTAKA.

Majlis penuntupan kursus tersebut pada 28 September  ini bakal disempurnakan oleh Presidan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk Ir James Wong.

No comments:

Post a Comment