Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
KLINIK Sepak Takraw dan
mencari bakat bagi Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah
Sandakan yang dijalankan selama 3 hari
bermula pada 26 hingga 28 September 2012
ini mendapat sambutan yang menggalakan.
Program anjuran Persatuan
Sepak Takraw Sabah (ASTAKA) yang
diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sandakan
berjaya mengumpul seramai 33 remaja dan belia dari seluruh Sabah untuk
mengikuti kursus tersebut.
Presiden Persatuan Sepak
Takraw Sabah, Datuk Haji Awang Sham Amit
(gambar kiri) semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan pembukaan program tersebut; antara lain
menjelaskan tujuan program itu diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru
dalam arena sepak takraw sebagai
persediaan ke SUKMA bagi tahun 2014 dan 2016 nanti.
“Beberapa kaedah yang
ditunjuk ajar oleh para jurulatih professional
kepada para remaja ialah untuk membimbing dan memberi latihan secukupnya
kepada mereka agar menjadi pemain sepak takraw yang berpotensi; bukan saja di peringkat daerah, negeri bahkan
diperingkat kebangsaan dan antara bangsa” jelas Awang Sham.
“Inilah konsep dan dasar
perjuangan ASTAKA sejak ditubuhkan beberapa tahun lalu yang bertujuan untuk
menyatukan semua pemain sepak takraw yang
ada di seluruh negeri atau daerah bahkan menjurus untuk mencari
pemain-pemain baru sebagai pemain pelapis pemain-pemain yang sedia ada,”
ujarnya.
Kata, Awang Sham lagi
beberapa jurulatih (Training Instructor) yang didatangkan khas dari Thailand
dan Semenanjung akan memberikan latihan sama ada berbentuk teori mahupun
praktikal kepada para peserta terbabit.
Awang Sham menjelaskan semua
peserta yang mengikuti latihan selama tiga hari berturut-turut itu segala
kemudahan tempat tinggal makan dan minum adalah ditanggung sepenuhnya oleh
pihak penganjur.
Dalam pada itu, Awang Sham
menasihatkan para peserta agar belajar bersungguh-sungguh kerana peluang untuk
mengikuti kursus ataupun latihan secara percuma ini datangnya hanya sekali saja
dan jangan harapan pihak ASTAKA.
Majlis penuntupan kursus
tersebut pada 28 September ini bakal
disempurnakan oleh Presidan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk Ir James
Wong.
No comments:
Post a Comment