Wednesday, 26 September 2012

BAJET 2013 'BAJET PEMURAH'?





PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan bajet yang menyenangkan pengundi dengan meletakkan keutamaan memenangi pilihan raya daripada menyentuh hutang negara yang makin membebankan.

Menurut pakar ekonomi, Najib mungkin menangguhkan pembaharuan - untuk meluaskan asas cukai dan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber minyak - ketika mengumumkan langkah membantu keluarga miskin yang bergelut untuk menyara hidup.

Pendapatan kukuh pada 2012 membolehkan kerajaan bersikap pemurah dalam bajet tahun depan tanpa membimbangkan pasaran kewangan, lapor Reuters.

Bagaimanapun, lapor agensi berita antarabangsa itu lagi, tanda-tanda kemerosotan fiskal akan menambah kebimbangan pelabur ekoran kemerosotan yang konsisten dalam kewangan Malaysia.

Fitch Ratings pada Ogos lalu berkata, kewangan awam Malaysia lemah berbanding kedudukan negara lain sebarisnya dan setanding dengan negara yang mempunyai hutang tinggi seperti Itali dan Israel.

"Jelas sekali ia akan menjadi bajet pilihan raya. Ia akan bersifat pemurah," Irvin Seah, pakar ekonomi di Bank DBS Singapura, dipetik sebagai berkata.

"Pada tahap ini, keperluan pada sokongan politik akan menjadi keutamaan berbanding pertimbangan ekonomi."

18 comments:

  1. Tunggu pengumumannya 28hb ni. harap2 lebih banyak tumpuan diberikan kepada Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang diharapkan oleh rakyat sabah..diharapkan juga ada BR1M...

      Delete
    2. The Budget 2013 will be presented at 3pm at TV3 today. So please stay tuned.

      Delete
  2. Most important the govt will be able to reduce the national debt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The most important thing is to give more allocations to the concerned states.

      Delete
  3. najib adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat...dan sudah pasti beliau mahukan kebajikan rakyat malaysia terbela...

    ReplyDelete
  4. The officials stressed that while some people may be prone to labelling the 2013 budget as an "election budget" in view of its people-centric programmes and the upcoming general election, one should not forget that improving the livelihood of the people has been Najib's clarion call since he took office in April 2009.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well for sure Pakatan's budget is the worst ever.

      Delete
  5. Ia diumumkan hari ini, kita dengar dululah apa pengumumannya itu.

    ReplyDelete
  6. Harap semuanya berjalan lancar dan bajet itu menyenangkan semua pihak.

    ReplyDelete
  7. Budget friendly 2013. Let's see how it is.

    ReplyDelete
  8. Kita percaya yang mana Kerajaan BN akan memastikan bajet ini akan memberikan manfaat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan pasti telah meneliti dengan sebaiknya dibahagian mana yang memerlukan peruntukkan yang banyak.

    ReplyDelete
  10. dalam bajet 2013, ada bantuan RM250 kepada golongan bujang berumur 21 tahun keatas yang berpendapatan dibawah RM200.

    ReplyDelete
  11. byk peruntukan digunakan untuk membantu rakyat.

    ReplyDelete
  12. Rata-rata pemimpin berpendapat belanjawan itu, yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat hari ini, adalah belanjawan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  13. Usaha kerajaan dalam meneruskan pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100 kepada 5.4 juta pelajar dan menaikkan kadar baucer buku kepada RM250 kepada 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan enam adalah bukti keprihatinan kerajaan kepada golongan yang memerlukan..

    ReplyDelete
  14. Secara keseluruhannya, Belanjawan 2013 memberi banyak faedah kepada semua pihak terutama rakyat di mana kerajaan memfokuskan kepada hal-hal rakyat seperti pendidikan, kesihatan, perumahan dan sebagainya.

    ReplyDelete