Oleh : MD IZWAN
KUALA LUMPUR : Presiden
JATI, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
telah menghina Islam dengan kenyataannya mengatakan “umat Islam mempunyai
masalah dalam jiwa mereka” dua hari lalu di London.
Hasan dalam sidang medianya
hari ini mengecam Anwar dan melabel pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri
yang bermasalah dengan kecelaruan emosi di pihak beliau.
“Saya rasa ini satu
kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam.
“Sebenarnya dialah (Anwar)
yang sedang mengalami masalah jiwa,” kata Hasan (gambar).
“Rakyat Malaysia faham
tentang tekanan emosi yang sedia beliau hadapi berikutan dengan beberapa kes
melibatkan moral beliau,” katanya.
Dalam laporan Utusan hari
ini, Anwar dikatakan mengakui terdapat masalah dalam jiwa umat Islam seperti
yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Britain, The Scotsman.
Penulis artikel Eddie Barnes
berkata, “Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau
(Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah
marah dan beremosi’’.
Hasan juga menyamakan
kenyataan Anwar tersebut sama seperti yang telah dilakukan oleh ahli parlimen
DAP, Ngeh Koo Ham yang menulis di dalam laman mikro Twitter yang mengatakan
umat Islam membuang masa menyertai demonstrasi bagi menyuarakan bantahan
terhadap filem “Innocence of Muslims” pada minggu lalu.
“Pada pendapat saya,
kenyataan Anwar ini dilihat sama dari segi nada dan pengertiannya dengan apa
yang disebutkan oleh Ngeh,” kata Hasan.
Hasan turut meluahkan rasa
kesal ke atas kenyataan Anwar tersebut dan menggesa para ulama untuk menyatakan
pendirian terhadapi isu ini dan mahu orang ramai menilai sejauh mana kenyataan
tersebut menjejaskan aqidah dan keimanan seseorang muslim atau tidak.
Justeru, Hasan menggesa
Anwar meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan bertanggungjawab
ke atas kenyataannya tersebut.
Anwar perlu bagi penjelasan dan mohon maaf jika apa yang ditulis dalam akhbar tu benar.
ReplyDeleteAmbiguous statement lead to misunderstanding.
ReplyDeleteBiar betul Anwar telah melakukan perkara ini.
ReplyDeleteBertambah lagilah Anwar akan dibenci oleh rakyat Malaysia kalau macam ini. PAS tidak mahu berkata apa-apa mengenai penghinaan ini.
ReplyDeleteAnwar dilihat sangat pro barat. Anwar nak dptkan sokongan luar, jadi kena wat mcm tu.
ReplyDeleteAnwar Ibrahim yang terkenal dengan lagak lidah bercabangnya telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghina kepada umat Islam di Malaysia dan dunia. Ini susulan daripada bantahan keras umat Islam di seluruh dunia terhadap penerbitan dan penayangan filem anti-Islam, Innocence of Muslims.
ReplyDeleteini kenyataan asal Anwar:
ReplyDelete“On the violent reaction to the blasphemous video insulting islam, he (Anwar) agrees there is a “problem with the muslim psyche... people are easily enraged and emotional”.
Anwar Ibrahim dalam artikel itu sanggup menyatakan umat Islam di dunia ini mudah marah dan beremosi di saat berlakunya penghinaan terhadap Islam. Kenyataan Anwar Ibrahim itu sama ertinya dengan twitter yang ditulis Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang sebelum ini..
ReplyDelete