Oleh : NIAM SEET WEI
BEIJING : Bilangan bilionair
di China telah menyusut 20 peratus daripada bilangan tahun lepas ke 251
individu tahun ini tetapi masih tinggi berbanding hanya 15 bilionair enam tahun
lepas, kata Institut Penyelidikan Hurun yang berpangkalan di Shanghai dalam
satu laporan pada Selasa.
Senarai Orang Kaya Hurun
2012 yang di keluarkan pada Isnin berkata daripada 1,000 individu yang berada
di tempat teratas senarai itu, 469 menyaksikan kekayaan mereka merosot, di mana
37 daripadanya mengalami penguncupan lebih 50 peratus, terutamanya dari sektor
solar, tekstil dan runcit.
"291 lagi melihat
kekayaan mereka meningkat, 114 tidak berubah dan 150 lagi adalah wajah
baru," kata institut itu.
Ia berkata purata kekayaan
mereka yang tersenarai susut 9.0 peratus kepada US$860 juta, tetapi angka ini
masih hampir dua kali ganda daripada 2008 iaitu sebanyak US$439 juta.
Pemilik syarikat minuman
Wahaha, Zong Qinghou, 67, mengungguli senarai tahun ini, dengan kekayaan
sebanyak US$ 12.6 bilion.
Hartawan hartanah China Wang
Jianlin, 58 dan pengerusi dan pengasas enjin carian utama China, Baidu, Robin
Li Yanhong, 44, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.
Senarai Orang Kaya Hurun
2012 adalah senarai kedudukan tahunan 1000 individu terkaya di China. (Bernama)
No comments:
Post a Comment