KOTA KINABALU : Jabatan
Tanah dan Ukur Negeri Sabah mewujudkan unit khas yang dikenali Unit Anak Negeri
bertujuan memberi kesedaran dan khidmat nasihat yang tepat mengenai isu tanah
di negeri ini.
Pengarahnya Datuk Osman
Jamal berkata unit itu akan dilengkap dengan kenderaan yang akan diguna untuk
menjangkau ke kawasan luar bandar.
Beliau berkata petugas di
unit itu akan memberi khidmat nasihat dalam semua aspek tanah termasuk
undang-undang tanah selain mengumpul maklumat jika ada tanah kerajaan yang
diduduki oleh orang yang tidak diketahui haknya.
"Inilah sebab unit ini
ditubuhkan dan jika semuanya berjalan lancar kami akan lancar kenderaan
bergerak pada bulan November ini.
"Buat permulaan, kami
akan dapat tiga kenderaan jenis Fortuna dan 20 pacuan empat roda (double cabin)
yang akan digunakan untuk memberi perkhidmatan di daerah Togod, Beluran,
Keningau dan Kota Marudu yang mempunyai ramai penduduk anak negeri dan banyak
isu tanah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog
bersama media peringkat negeri Sabah di sini, pada Selasa. (Bernama)
No comments:
Post a Comment