BIAYA......Soros
juga dikatakan membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia yang pernah
diketuai oleh Datuk Paduka Marina Mahathir.
Oleh : MD IZWAN
KUALA LUMPUR : Spekulator
mata wang, George Soros bukan sahaja mendanai kumpulan pro-demokrasi di
Malaysia, tetapi juga telah membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia
(MAC) yang pernah diketuai oleh anak perempuan pengkritik utamanya di Malaysia,
Datuk Paduka Marina Mahathir.
Warganegara Amerika Syarikat
(AS) itu mendapat perhatian akhir-akhir ini selepas akhbar arus perdana dan
stesen televisyen mesra kerajaan berkata Open Society Institute (OSI) telah
mendanai badan bukan kerajaan (NGO) pro-demokrasi untuk menjejaskan kestabilan
kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Datuk Seri Najib Razak.
Media Malaysia tidak
memberikan apa-apa bukti usaha untuk ketidakstabilan.
Ketua pengkritik Soros
adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah memanggil hartawan Amerika itu
“dungu” apabila spekulasi matawang Soros dikatakan telah membawa turun ringgit
Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia pada 1997/98.
Wakil MAC dalam kenyataannya
kepada The Malaysian Insider membuat pengakuan selain dana daripada OSI, mereka
juga menerima dana daripada Global Fund (GFATM) yang terlibat dalam program
kesedaran anti-AIDS, TB dan malaria.
“Ya, MAC juga menerima dana
asing dan ia digunakan untuk program kesedaran seperti kempen kesedaran isu
tentang AIDS dan HIV serta program-program lain,” kata wakil MAC yang enggan
namanya dikenali kepada The Malaysian Insider.
Oraganisasi tersebut
memberitahu tahun lepas mereka menerima dana sebanyak US$75 ribu (RM230 ribu)
bagi menampung program dan kempen mereka dalam memberi kesedaran tentang AIDS
dan HIV.
Minggu lalu, pertikaian dana
asing kepada NGO di Malaysia menjadi isu yang hangat dimainkan oleh media arus
perdana yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Mereka menuduh pembiayaan
sedemikian bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan dan pemimpin Malaysia.
Antara NGO yang menjadi
sasaran ialah seperti SUARAM, Seacem dan media alternatif, Malaysiakini yang
didakwa oleh kerajaan dan agensi-agensinya sebagai cuba mencetuskan
ketakstabilan politik negara.
SUARAM baru-baru ini
dipantau secara dekat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mendakwa
bahawa badan hak asasi manusia tersebut memiliki “akaun yang mengelirukan”.
NGO hak asasi manusia itu
telah secara aktif mengikuti skandal Scorpene di mahkamah Perancis, berazam
untuk mendedahkan dakwaan rasuah kerajaan dalam pembelian kapal selam berbilion
ringgit pada tahun 2009 dan mungkin membuka semula kes pembunuhan warga
Mongolia Altantuyaa Shaariibuu, yang dikatakan ada kaitan dengan perjanjian
itu.
Malahan mantan perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan dua hari lalu mendakwa
spekulator mata wang, Soros cuba merampas kuasa politik daripada kerajaan BN
dengan melantik perdana menteri pilihannya di Malaysia.
“Bagaimana ia boleh menjadi
satu perkara yang baik? Dia mahu mengawal politik kita,” kata Dr Mahathir
kepada pemberita Ahad lalu. (TMI)
No comments:
Post a Comment