SAMBUT.....Azizah
disambut dengan salam kemesraan beliawanis sebaik tiba untuk merasmikan Program
Akar Umbi Daerah Beaufort, di Kg Kukut.
BEAUFORT: Minda rakyat perlu
berubah selari dengan perubahan negara khususnya untuk mencapai status negara
maju menjelang 2020.
Menteri Pembangunan Masyarakat
dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun ketika menyatakan perkara itu
berkata untuk mencapai taraf negara maju; minda rakyat kita perlu berubah dan
perubahan itu tidak berpaksikan politik tetapi mestilah bermula dari dalam diri
masyarakat.
“Perubahan mestilah bergerak
selari dengan perubahan pembangunan dan kemajuan negara kerana negara
memerlukan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Perubahan ini bukan
hanya berpaksikan politik tetapi dalam diri individu, keluarga dan masyarakat
itu sendiri,”
Beliau berkata melakukan
perubahan bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya untuk mencapai perubahan minda.
“Yang berat untuk kita
lakukan ialah merubah minda. Justeru saya amat berharap usaha melakukan
perubahan minda ini mestilah pula bermula dikalangan generasi baru hari ini.
Dan ini memerlukan satu gerakan bersepadu dari pertubuhan belia yang ada,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika merasmikan Program Akar Umbi Daerah Beaufort yang diadakan di Dewan
Serbaguna Kampung Kukut di sini baru-baru ini.
Hadir sama Pegawai
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bahagaian Pedalaman Bawah, Yassin Omar;
Pegawai KBS Daerah Beaufort, merangkap pengerusi pelaksana, Nordin Ismail;
Presiden Pertubuhan Belia akar Umbi Negeri Sabah, Ag Saifudin Ag Jumat; pemimpin
masyarakat dan pemimpin persatuan belia.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias itu berharap semua pemimpin persatuan belia di
sini dapat bergabung tenaga dan fikiran untuk merancang dan melaksanakan
program yang membawa kebaikan dan kemajuan kepada belia.
“Kita tidak boleh tunggu dan
lihat, kita mesti bergerak. Belia perlu kreatif dan inovatif untuk maju dan
dapat bersaing dengan bangsa lain. Dan yang paling penting semua pemimpin belia
mestilah bersatu..Jangan berpecah belah seperti kata pepatah, bersatu kita
teguh bercerai kita roboh,” katanya.
Beliau juga mengingatkan
agar semua persatuan belia terus berusaha mengembangkan keahlian persatuan
masing-masing bagi mencapai objektif penubuhan persatuan tersebut.
“Berusahalah untuk mengembangkan
lagi persatuan masing-masing agar belia di daerah ini secara keseluruhannya
dapat menyumbang dalam aktiviti belia dan program kemasyarakatan,” katanya.
Pada Majis itu Azizah
menyampaikan Sijil Pendaftaran Persatuan kepada beberapa persatuan belia yang
baru diluluskan pendaftarannya.
Sementara itu, Pengerusi
Persatuan Belia Inovatif Kg Kukut, Noorasinah Suali dalam ucapannya mengajak
para belia dan beliawanis membalas budi kerajaan dan pemimpin melalui semangat
kesetiaan dan kecintaan kepada Agama, bangsa dan negara.
“Kita mempunyai pemimpin dan
kerajaan yang sentiasa berusaha membentuk generasi yang hebat dan cemerlang.
Maka sudah sampai masanya untuk kita berterima kasih dan membalas budi pemimpin
dan kerajaan dengan semangat kesetiaan dan kecintaan kepada Agama, bangsa dan
negara.,” katanya.
Skepticism prevent an individual from making a progress.
ReplyDeleteKalau kita lihat terserlah sangat Datuk Azizah ini di Beaufort dengan aktiviti bersama rakyat. Memang Datuk Azizah sangat prihatin dan wakil rakyat yang baik.
ReplyDeleteAzizah pemimpin yg sentiasa dekati rakyat.
DeleteKita patut berbangga yang mana kerajaan sekarang ini benar-benar cuba yang terbaik untuk membantu rakyat dengan pelbagai program dan bantuan.
ReplyDeletekerajaan yang baik akan disokong oleh rakyat.
ReplyDeleterakyat sabah jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang selema ini lebih banyak membantutkan usaha2 pembangunan negeri berbanding dengan menyumbang kepada pembangunan negeri..
ReplyDeleteketika pembangunan sedang rancak dilaksanakan, rakyat juga perlu rancak merebut setiap peluang2 yang disediakan untuk meningkatkan taraf hidup mereka..
ReplyDelete