Oleh: HAMZAH HJ ABDULLAH
PAS Sabah merasa kesal
dengan pembentangan Bajet 2013 yang langsung tidak mengembil kira hak kebajikan
rakyat Negeri ini. Bagi pihak rakyat Sabah, saya telah meneliti kandungan Bajet
yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan dan merumuskan bahawa yang akan
'kenyang' daripada dentuman Bajet ini hanya pemimpin UMNO/BN.
Rakyat Sabah, khususnya pribumi
Sabah, yang rata-rata masih berada di bawah paras kemiskinan hanya bakal
menerima tangki-tangki air dan keperluan asas yang hanya boleh bertahan paling lama 8 bulan.
40,000 tangki air 1Malaysia yang
bakal diageh-agehkan kepada orang kampung hanya 'menggemukkan' pembekal yang
tentunya kroni-kroni UMNO/BN dan mempunyai saham dalam bentuk komisyen. Tangki
air ini hanya mempunyai jangkahayat paling lama 8 bulan kerana daripada jenis berkualiti
rendah.
BN sewajarnya tidak berfikir
bahawa rakyat masih bodoh dan boleh diperbodohkan seperti zaman sebelum
wujudnya ICT. Sekarang kita berada pada era maklumat berada di hujung jari.
Rakyat Sabah masih tidak
lupa dengan teguran Ketua Audit Negara bagaimana peralatan sekolah dan alat
kelengkapan tentera seperti teropong telah dibeli dengan harga sehingga
melonjak 1,000% dari harga asal! Ini lah yang mesti rakyat fikir dan usah
teruja terhadap pembentangan yang masih jauh daripada jangkauan kita.
PAS Sabah menuntut supaya
dipulihkan semula Amanah Saham Rakyat Negeri Sabah (ASRNS) atau popular dengan
panggilan Amanah Saham Tun Mustapha yang telah diasaskan oleh Bapa Kemerdekaan
Sabah, Almarhum Tun Mustapha di era pemerintahan USNO.
Almarhum Tun Mustapha adalah
pemimpin Sabah pertama yang mempunyai ciri-ciri pemimpin seorang yang berjiwa
rakyat dan menitikberatkan kebajikan rakyat Sabah. Di zaman Tun Mustapha
jugalah pelajar-pelajar Sabah yang cemerlang dalam peperiksaan Senior Cambridge
akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke UK atau Australia dengan pembiayaan
wang Yayasan Sabah, yang mempunyai konsesi balak pemberian Kerajaan Negeri.
Almarhum Tun Mustapha juga
telah menggunakan wang kerajaan Negeri bagi membiaya kos menunaikan haji bagi
jemaah haji Sabah, termasuk membiayai guru-guru agama yang bertauliah untuk
mengajar di sekolah-sekolah agama seluruh Sabah.
PAS Sabah menuntut supaya
Datuk Pairin mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas pemansuhan Amanah Tun
Mustapha kerana di zaman PBS lah amanah saham ini telah dimansuhkan!
PAS Sabah seterusnya
mencabar Pairin supaya 'cakap serupa bikin' kalau benar dia bersetuju dengan
slogan 'rakyat didahulukan'. Ini masanya kehendak rakyat diutamakan
memandangkan Datuk Pairin masih berkuasa di dalam kerajaan UMNO/BN Sabah.
PAS Sabah menuntut supaya
pembayaran amanah saham ini dibuat dengan mengambil kira tahun ia dimansuhkan
iaitu sekitar tahun 1988. Ertinya rakyat Sabah berhak mendapat saham ini untuk tempoh tertunggak sejak 1988 yang
bererti selama 24 tahun.
Kalau setiap tahun rakyat
Sabah yang layak mendapatnya berjumlah RM200 setiap tahun, maka setiap seorang
rakyat yang layak mesti diberikan hak mereka berjumlah RM4,800!
PAS Sabah akan membawa isu
ini ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Pakatan Rakyat yang akan datang agar
diterima sebagai sebahagian daripada Manifesto Pilihanraya.
Apa pun kita dengar yang mana ARNS ini akan dilaksanakan semula. Kita tunggu saja.
ReplyDeleteIni menandakan kerajaan memang prihatin untuk membantu rakyat Negeri ini. Semoga kerajaan akan terus melakukan yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeleteBuktikan kepada rakyat yang mana Kerajaan BN adalah kerajaan yang terbaik untuk semua rakyat di Malaysia ini.
ReplyDelete