Oleh : NASPAZI
SESUNGGUHNYA Sabah, Sarawak
dan Malaya sama-sama pernah merasai pahitnya penjajahan; sama-sama mencapai
kemerdekaan pada tarikh yang berbeza;
sama-sama membentuk Malaysia pada 16 September 1963; dan sama-sama dalam
Malaysia dengan status yang setara.
Oleh itu, perkataan 'Malaysia'
bukan hak siapa-siapa, bukan hak Sabah, bukan hak Sarawak dan bukan juga hak
Malaya, tetapi adalah hak bersama dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963.
Namun begitu, Malaya kini
menganggap Malaysia itu seolah-olah dirinya, lantas mendakwa Sabah Sarawak
sebagai wilayahnya yang ke-12 dan ke-13 atas nama Malaysia 1957, maka jatuhlah
taraf dan maruah Sabah Sarawak dari status negara kepada status negeri.
Justeru, impak nyata darinya
adalah Malaya mengambil tempat British mentadbir (menjajah) Sabah Sarawak.
Tujuannya, sudah tentu untuk membolot sumber hasil kekayaan Sabah Sarawak atas
nama Persekutuan, sehingga Sabah Sarawak jatuh termiskin dalam Malaysia
gara-gara perkataan 'Persekutuan' yang dijadikan C4 untuk menghancurkan konsep
asal penubuhan Malaysia 1963.
Perkataan 'Persekutuan'
dalam bahasa yang paling mudah difahami adalah rakan kongsi, saling
bantu-membantu dan tolong-menolong dalam usaha mencapai manfaat bersama atau
menghadapi bahaya bersama. Dalam konteks Malaysia, Sabah, Sarawak dan Malaya
sama-sama dalam Malaysia bagi mencapai kemajuan dan pembangunan bersama.
Namun begitu, bukan semua
Jabatan dari Malaya itu yang boleh dianggap sebagai Jabatan Persekutuan. Sebab,
Malaya itu bukan Persekutuan, Persekutuan itu bukan Malaya. Yang demikian,
hanya beberapa Jabatan dari Malaya yang boleh dianggap sebagai Jabatan Persekutuan,
yang wajar wujud dan berfungsi menjalankan tugas sebagai Kakitangan Persekutuan
bagi membantu dan menolong Sabah dalam hal-hal tertentu seperti berikut:
1. Cawangan Pejabat,
Suruhanjaya Pilihanraya;
2. Cawangan Pejabat,
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian;
3. Cawangan Pejabat,
Pengatur Cara;
4. Cawangan Pejabat, Bank
Negara;
5. Cawangan Pejabat,
Penilaian Kawasan;
6. Cawangan Pejabat, Lembaga
Tabung Pemindahan; dan
7. Cawangan Pejabat,
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Menyentuh soal kewujudan
beberapa Jabatan di atas, yang dianggap sebagai Jabatan Persekutuan itu
kononnya, maka Jawatan Setiausaha Persekutuan telah diwujudkan di Sabah pada
tahun 1963, atas dasar tanggungjawab Malaya terhadap Sabah kononnya sebagai
rakan kongsi dalam Malaysia untuk membantu mewujudkan jabatan-jabatan di Sabah,
kerana Sabah belum ada kemampuan atau kepakaran sendiri tentangnya.
Fungsi Pejabat Setiausaha Persekutuan di Sabah
kononnya adalah untuk mentadbir, di mana dirasai perlu, perkara-perkara yang
berkaitan dengan hal-hal Persekutuan di wilayah-wilayah Borneo, dengan
menjalankan kuasa yang diamanahkan menurut undang-undang Persekutuan.
Bagaimanapun, kewujudan
Jabatan Persekutuan tersebut di Sabah kononnya akan dihapuskan, selepas Kementerian
dan Jabatan-Jabatan Kerajaan di Sabah telah mencapai kematangan dan kemampuan
sendiri dalam soal yang setugas dengannya, melalui persefahaman yang baik
antara Kerajaan Sabah (Malaysia Timur) dengan Kerajaan Malaya (Malaysia Barat);
tanpa menyentuh atau mengusik fungsi-fungsi dan tugas-tugas Kementerian dan
Jabatan-Jabatan Kerajaan di Sabah yang sudah kukuh seperti berikut:
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
SABAH
JABATAN KETUA MENTERI
1. Dewan Undangan Negeri
Sabah;
2. Jabatan Tanah Dan Ukur;
3. Jabatan Hutan;
4. Jabatan Kajibumi;
5. Jabatan Cetak Kerajaan;
6. Pusat Pembangunan
Masyarakat;
7. Lembaga Kemajuan Tanah
Negeri Sabah;
8. Jabatan Pendaftaran;
9. Jabatan Imigresen;
10. Jabatan Pelajaran;
11. Jabatan Perangkaan;
12. Perkhidmatan Perubatan
Dan Kesihatan;
13. Jabatan Kastam;
14. Pasukan Polis Komponen
Sabah;
15. Pejabat Penilaian
Kawasan;
16. Perkhidmatan Kajicuaca;
17. Jabatan Penerangan;
18. Jabatan Penyiaran;
19. Yayasan Sabah; dan
20. Biro Bahasa Malaysia.
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN
PERIKANAN
1. Jabatan Pertanian;
2. Jabatan Perikanan;
3. Jabatan Parit Dan
Taliair;
4. Jabatan Kemajuan
Kerjasama;
5. Lembaga Padi Sabah; dan
6. Lembaga Tabung Getah
Sabah.
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN
KERJARAYA
1. Jabatan Kerjaraya;
2. Keretaapi Negeri Sabah;
3. Jabatan Kenderaan
Jalanraya;
4. Jabatan Laut;
5. Jabatan Penerbangan Awam;
6. Jabatan Perkhidmatan Pos;
7. Jabatan Telekom;
8. Lembaga
Pelabuhan-Pelabuhan Sabah; dan
9. Lembaga Letrik Sabah.
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
PERUSAHAAN
1. Pembangunan Perusahaan
Sabah.
KEMENTERIAN KEWANGAN
1. Kemajuan Ekonomi Negeri
Sabah; dan
2. Jabatan Hasil Dalam
Negeri.
KEMENTERIAN KERAJAAN
TEMPATAN
1. Suruhanjaya Perumahan
Negeri Sabah; dan
2. Perkhidmatan Bomba.
KEMENTERIAN KEBAJIKAN
MASYARAKAT
1. Jabatan Perkhidmatan
Masyarakat;
2. Perpustakaan Kerajaan;
3. Muzium Sabah; dan
4. Jabatan Penjara.
Malangnya, selepas kerajaan
USNO yang digantikan oleh Kerajaan Berjaya pada tahun 1976, maka berlakulah
perubahan bentuk dan fungsi perkataan 'Persekutuan' yang ditimpakan ke atas
Sabah oleh Malaya.
Oleh itu, secara drastik dan
menyeluruh Malaya telah mengubah fungsi persekutuan dalam bentuk dominasi atau
penjajahan tanpa memperdulikan konsep dan semangat persekutuan dalam erti kata
rakan kongsi dalam Malaysia.
Justeru, berlakulah
pengambilan secara besar-besaran (rompakan sebenarnya) ke atas Jabatan-Jabatan
Kerajaan negara Sabah oleh regim Malaya, termasuk Pulau Labuan dengan cara
Loyar buruk dan putar alam, penipuan dan pembohongan, sehingga orang buta pun
nampak topeng mega penipuan dan pembohongan regim Malaya dalam usaha
mempertolol kerajaan Sabah pasca USNO untuk merompak dan menyamun sumber hasil
kekayaan Sabah; sehingga Sabah termalu dan teraib sebagai negeri paling miskin
di Malaysia, pada hal Sabah memiliki sumber hasil kekayaan yang banyak dan
besar berbanding 11 negeri Malaya.
Perlu ditegaskan, bahawa
loyar buruk bukan terma dan syarat pembentukan Malaysia. Walaupun tema loyar
buruk dan putar alam menjadi instrumen regim Malaya untuk mewajarkan kejatuhan
Sabah Sarawak kepada negeri di bawah hegemoni regim Malaya, namun pengadilan
sejarah yang murni akan menjadi hakim pemutus yang membuktikan, bahawa Malaya,
Sabah dan Sarawak dalam Malaysia adalah setara (sama taraf).
Lantarannya, sementara regim
Malaya bermati-matian menipu; bermati-matian berdusta; dan bermati-matian
mewajarkan kebohongannya dalam kelompok puak yang jahat. Namun, bertolak dari
kejahatan mereka, mereka telah mendapat apa yang mereka inginkan di Sabah akhirnya,
iaitu sekitar RM37 billion hasil kekayaan bumi Sabah setahun atas nama Malaysia
1957, kononnya.
Manakala, pengamal politik
Sabah yang menjadi proksi kepada regim Malaya, yang bermatian-matian
mempertahankan penipuan, pendustaan, pembohongan dan mewajarkan kejahatan regim
Malaya; hanya mendapat jutaan PATI yang diberi IC Projek.
Malah status negara Sabah
diturunkan kepada negeri; kerajaan negara Sabah dirampas; jabatan-jabatan
kerajaan negara Sabah disamun; sumber hasil kekayaan Sabah dirompak; dan
tanah-tanah NCR Sabah disonglap.
Kini, wabak PATI yang diberi
IC Projek oleh regim Malaya sedang berkembang dan membiak menjadi ancaman
terbesar kepada kelangsungan generasi pribumi asli Sabah sepanjang zaman. Dalam
erti kata lain, Sabah sedang di ambang kehilangan generasi pribumi aslinya,
jika masih tiada kesedaran yang menjelma untuk mempertahankannya.
Sesungguhnya, IC Projek
regim Malaya kepada PATI di Sabah, sedang menghantar isyarat yang nyata, bahawa
cahaya kehidupan dan masa depan generasi pribumi asli Sabah dalam Malaysia amat
suram dan akhirnya bakal terpadam menuju kehancuran abadi, laksana terpadamnya
keagungan bangsa Aztec dan Maya dalam sejarah Amerika moden.
Demikianlah, kehidupan
berlangsung di atas kematian yang lain. Kehidupan penguin di atas kematian
ikan; kehidupan ana-anai di atas kematian pokok; kehidupan katak di atas
kematian serangga; kehidupan bangsa Eropah di atas kehancuran bangsa Aztec dan
Maya; dan kehidupan warga IC Projek regim Malaya di atas kehancuran generasi
pribumi asli Sabah kelak.
Yang demikian, dalam siri
paradigma penulis yang lepas, penulis pernah menyatakan, bahawa pengalaman
sejarah telah menawarkan pelbagai bukti yang tidak terkira banyaknya, tentang
betapa kemusnahan warga tulen sesebuah wilayah akibat rempuhan orang asing
adalah nyata.
Sebagaimana yang ditunjukkan
dengan jelas dalam sejarah rempuhan warga Eropah ke atas bangsa Aztec dan Maya,
yang akhirnya telah menghancurkan bangsa Aztec dan Malaya, waima menjadi Red
Indian yang begitu hina di khalayak Amerika moden.
Wal hal, bangsa Aztec dan
Maya merupakan antara bangsa manusia yang mencetuskan tamadun tinggi kepada
dunia, sehingga kalendar sejagat yang berasaskan kepada matahari adalah hasil
penemuan tamadun mereka.
Oleh itu, buat rakyat Sabah
yang bukan siapa-siapa dalam arena peradaban dunia, berbanding dengan bangsa
Aztec dan Maya, sudah tentu lebih mudah lagi berhadapan dengan kehancuran dan
kemusnahan dalam senario IC Projek ciptaan regim Malaya.
Justeru, kekuatan terbesar
rakyat Sabah dalam menghadapi cabaran jahat regim Malaya adalah jangan memberi
muka kepada mereka; jangan layan mereka; jangan lagi berkompromi dengan mereka,
sebagaimana ketegasan dan keberanian Sultan Brunei dan politikus Singapura
mengabaikan kelentongan auta regim Malaya. Ingatlah, Brunei Singapura sekarang,
merupakan antara ranking negara terbaik, terkaya dan termaju di dunia!
Lantaran itu, rakyat Sabah
hendaklah membangun semula kepercayaan diri kepada sebuah kebangkitan dan
kemenangan dari terus menjadi mangsa oleh arus perancangan jahat regim Malaya.
Walaupun tahun-tahun yang
lepas telah pergi meninggalkan Sabah dalam kehinaan dan telah memberikan Sabah
keaiban di bawah pimpinan proksi regim Malaya. Justeru, sejarah Sabah akan
mengenangnya sebagai tahun-tahun kerugian dan kesedihan dengan penuh kepedihan
dan penyesalan.
Sesungguhnya rakyat Sabah,
tidak lahir ke dunia hanya untuk menjadi rakyat yang tidak layak untuk
mendapatkan apa yang rakyat Sabah inginkan dalam negaranya sendiri, sehingga
terpaksa menghadapi kehidupan dan kematian di sebalik perangkap yang mendakwa
sebagai rakan kongsi setara pada mulanya, namun menjadi pengkhianat dan
penindas pada akhirnya.
Oleh itu, rakyat Sabah perlu
mempertahankan kelangsungan generasinya, hasil kekayaan sumber buminya dan
tradisi budayanya dengan penuh kearifan dan kesedaran baru, bahawa kelangsungan
hidup generasi pribumi Sabah pada masa akan datang, tidak jatuh dari langit ke
tangan generasi pribumi Sabah, jika pribumi Sabah sendiri yang tidak berusaha
untuk mempertahankannya!
The PBS was formed and in the ensuing election of 1985, the PBS won by a bare majority.
ReplyDeleteThe first thing that the PBS administration did was to restore the names of all communities in the State.
The various communities then were grouped together under one name, namely Pribumi.
DeleteThis move of calling all the Bumiputra communities of Sabah as Pribumi was not a popular one.
the perception that there was a hidden agenda for doing away with the original names of the Bumiputra of Sabah such as Kadazan, Bajau, Murut etc., there was also the belief that the term Pribumi was actually coined by Kuala Lumpur leaders to distinguish the Bumiputra of Sabah and the Bumiputra of the peninsular. That is to say that the Malays of the peninsular are the Bumiputra and the natives of Sabah (Bumiputra) are to be called Pribumi. This was also not a popular move and was rejected by Sabah Bumiputra. This was Pairin's first move as a Chief Minister to remove the name Pribumi, and restore original names of all races in the Census population records.
DeleteThe record of his administration must also show that he has done a great deal for Sabah and for the people of Sabah including the Kadazandusun Murut communities. For the latter, it was Pairin's who advocated with the concurrence of his fellow KDM leaders in the KCA to merge the Dusun faction and the Kadazan faction into one
DeleteThe objective was very clear and that was to find a greater unity among the two factions of Kadazan and Dusun in Sabah. Pairin would be the first one to admit that his administration has committed some errors in matters of political policies but on a whole, he has managed to unite the KDM for the period of nearly 10 years when he was Chief Minister.
DeleteYang kita dengar sekarang ini Kerajaan sedang membuat kajian mengenai perkara ini.
ReplyDeleteSemakin ramai jawatan tertinggi sekarang ini dipegang oleh penduduk tempatan Sabah.
ReplyDeleteTerbukti Sabah ada juga golongan yang berbakat tinggi yang menantikan peluang sahaja.
DeletePerlaksanaan ini akan dilakukan secara berperingkat dari masa ke semasa. Jadi kita tidak perlulah terpedaya dengan pemainan pembangkang yang mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa.
ReplyDeleteTeruskan usaha yang terbaik untuk pejawat awam di Negeri Sabah ini. Buktikan yang mana kerajaan mengambil berat akan semua masalah yang dibangkitkan.
ReplyDeleteSemoga wakil Sabah akan dilantik dalam parlimen.
ReplyDeletewabak PATI yang diberi IC Projek oleh regim Malaya sedang berkembang dan membiak menjadi ancaman terbesar kepada kelangsungan generasi pribumi asli Sabah
ReplyDeleteTindakan wajar harus diambil agar virus ini tidak terus berkembang.
Isu kerakyatan memang satu impak besar jika dilihat secara mendalam.
ReplyDeleteSaya mendoakan agar masa depan negara sabah semakin cerah dan bahagia
ReplyDeleteHaris Salleh adalah dalang kepada semua masalah yang kita alami sekarang... dia harus bertanggungjawab... rampas semua harta dan tanah-tanahnya, kembalikan kepada rakyat SABAH!!!!! dan usir dia keluar daripada SABAH!!!!!!!!!!
ReplyDelete