CENDERAKENANGAN…..
V.K Liew menerima Cenderahati kenangan daripada Charlie Pang, Timbalan Ketua
Bahagian LDP Elopura.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SYAHADAH YAHYA
SEMANGAT perpaduan dan tidak tunduk mengalah yang ditunjukkan
ahli-ahli kita menjadi teras pada parti LDP untuk menerajui parti ini ke
hadapan.
Walaupun Parti LDP pernah
kehilangan kerusi di kawasan Parlimen Sandakan pada Pilihanraya Umum ke 11
(PRU-11) pada tahun 2004, namun semangat
kesetiaan dan dedikasi yang ditunjukkan para ahli telah membolehkan parti
sekali lagi meraihkan kejayaan empat tahun lalu; kemudian sekaligus mewakili
Barisan Nasional (BN) mengembalikan kerusi yang sedia ada.
Berucap menyempurnakan
Mesyuarat Agung Tahunan bersama LDP Bahagian Elopura dan Tanjung Papat di sini,
kelmarin beliau berkata kemenangan ini sepatutnya dikreditkan kepada ahli di
peringkat akar umbi dan pemimpin pusat selain mendapat sokongan dari pengundi-pengundi
Sandakan yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.
"Mesyuarat agung kali
ini merupakan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, oleh itu
saya ingin melihat ahli-ahli terus bersatu-padu di bawah payung LDP dan
bergerak sebagai satu pasukan demi menghadapi PRU Ke-13 yang terpenting bagi
BN," katanya.
Namun demikian, katanya,
tidak dinafikan bahawa percanggahan pendapat sesungguhnya berlaku di mana-mana
organisasi atau parti politik, apa yang penting adalah matlamat dan prinsip
tetap sama dengan kepentingan parti diletakan di tempat utama.
Tambahnya, sebelum menjelang
PRU Ke-13 adalah perlu disedari bahawa 'Musuh Utama' adalah pihak pembangkang,
namun 'Musuh Yang Terancam' merupakan percanggahan dalaman.
"Kita mestilah mengelakkan
daripada kelakuan tikam dari belakang atau sabotaj, keadaan ini akan melemahkan
usaha kita menghadapi PRU Ke-13 nanti," jelasnya.
Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri itu menegaskan seperti apa yang diterjemahkan dalam 'Sun Tzu
Art of War' yang mana ketenteraman dalaman adalah faktor terpenting bagi sebuah
pasukan tentera menewasi musuh jika berlakunya percanggahan antara pemimpin;
maka terjejaslah semangat dan keyakinan para pejuang dan akhirnya menuju ke
arah kekalahan.
Katanya, kawasan Parlimen
Sandakan dan DUN Karamunting merupakan kubu LDP di Zon Sandakan di mana parti
hendaklah meneruskan kejayaan yang tercapai pada tahun 2008 iaitu mencapai 100
peratus kemenangan di kesemua kerusi yang kita tandingkan.
Beliau yakin dengan semangat
satu hati dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh para ahli, pasti dapat mengulangi
kegemilangan ini menjelang PRU Ke-13.
"Saya menggalakkan para
ahli bergiat menggunakan ICT dan media sosial seperti Facebook dan Twitter bagi
menyerap informasi terkini dan juga sebagai pendekatan berkomunikasi dengan
pemimpin-pemimpin kita.
"Seperti yang kita
tahu, parti kita telah melancarkan Facebook dan Official Page pada awal tahun
ini, saya juga dimaklumkan bahawa sesetengah bahagian kita juga mempunyai Fan
Page," tambah beliau selaku Pengerusi LDP Elopura.
Di samping itu, katanya
lagi, selain menguasai ICT para ahli juga hendaklah berwaspada dalam melafazkan
komen-komen atau pandangan yang berunsur fitnah dan serangan perseorangan
melalui internet, blog atau media sosial; sebaliknya menggunakan pendekatan ini
untuk menyebar polisi-polisi kerajaan BN yang memanfaatkan rakyat.
Mesyuarat yang diadakan di
Ballroom Restoran Heng Loong Batu 4 Jalan Utara Sandakan telah dihadiri lebih
400 ahli LPD yang dari dua kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment