Monday, 29 October 2012

TEORI SUN TZU PASTIKAN LDP MENANG





CENDERAKENANGAN….. V.K Liew menerima Cenderahati kenangan daripada Charlie Pang, Timbalan Ketua Bahagian LDP Elopura.

Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto : SYAHADAH YAHYA

SEMANGAT  perpaduan dan tidak tunduk mengalah yang ditunjukkan ahli-ahli kita menjadi teras pada parti LDP untuk menerajui parti ini ke hadapan.

Walaupun Parti LDP pernah kehilangan kerusi di kawasan Parlimen Sandakan pada Pilihanraya Umum ke 11 (PRU-11) pada tahun 2004,  namun semangat kesetiaan dan dedikasi yang ditunjukkan para ahli telah membolehkan parti sekali lagi meraihkan kejayaan empat tahun lalu; kemudian sekaligus mewakili Barisan Nasional (BN) mengembalikan kerusi yang sedia ada.

Berucap menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan bersama LDP Bahagian Elopura dan Tanjung Papat di sini, kelmarin beliau berkata kemenangan ini sepatutnya dikreditkan kepada ahli di peringkat akar umbi dan pemimpin pusat selain mendapat sokongan dari pengundi-pengundi Sandakan yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.

"Mesyuarat agung kali ini merupakan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, oleh itu saya ingin melihat ahli-ahli terus bersatu-padu di bawah payung LDP dan bergerak sebagai satu pasukan demi menghadapi PRU Ke-13 yang terpenting bagi BN," katanya.

Namun demikian, katanya, tidak dinafikan bahawa percanggahan pendapat sesungguhnya berlaku di mana-mana organisasi atau parti politik, apa yang penting adalah matlamat dan prinsip tetap sama dengan kepentingan parti diletakan di tempat utama.

Tambahnya, sebelum menjelang PRU Ke-13 adalah perlu disedari bahawa 'Musuh Utama' adalah pihak pembangkang, namun 'Musuh Yang Terancam' merupakan percanggahan dalaman.

"Kita mestilah mengelakkan daripada kelakuan tikam dari belakang atau sabotaj, keadaan ini akan melemahkan usaha kita menghadapi PRU Ke-13 nanti," jelasnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan seperti apa yang diterjemahkan dalam 'Sun Tzu Art of War' yang mana ketenteraman dalaman adalah faktor terpenting bagi sebuah pasukan tentera menewasi musuh jika berlakunya percanggahan antara pemimpin; maka terjejaslah semangat dan keyakinan para pejuang dan akhirnya menuju ke arah kekalahan.

Katanya, kawasan Parlimen Sandakan dan DUN Karamunting merupakan kubu LDP di Zon Sandakan di mana parti hendaklah meneruskan kejayaan yang tercapai pada tahun 2008 iaitu mencapai 100 peratus kemenangan di kesemua kerusi yang kita tandingkan.

Beliau yakin dengan semangat satu hati dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh para ahli, pasti dapat mengulangi kegemilangan ini menjelang PRU Ke-13.

"Saya menggalakkan para ahli bergiat menggunakan ICT dan media sosial seperti Facebook dan Twitter bagi menyerap informasi terkini dan juga sebagai pendekatan berkomunikasi dengan pemimpin-pemimpin kita.

"Seperti yang kita tahu, parti kita telah melancarkan Facebook dan Official Page pada awal tahun ini, saya juga dimaklumkan bahawa sesetengah bahagian kita juga mempunyai Fan Page," tambah beliau selaku Pengerusi LDP Elopura.

Di samping itu, katanya lagi, selain menguasai ICT para ahli juga hendaklah berwaspada dalam melafazkan komen-komen atau pandangan yang berunsur fitnah dan serangan perseorangan melalui internet, blog atau media sosial; sebaliknya menggunakan pendekatan ini untuk menyebar polisi-polisi kerajaan BN yang memanfaatkan rakyat.

Mesyuarat yang diadakan di Ballroom Restoran Heng Loong Batu 4 Jalan Utara Sandakan telah dihadiri lebih 400 ahli LPD yang dari dua kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment