Friday, 14 December 2012

JANGAN MALU AMBIL HABUAN, TETAPI UNDI PAKATAN





KOTA KINABALU : Ketua PKR Cabang Tenom, Halik Zaman, menyatakan bahawa bukan sahaja dengan perkataan rakyat mahu tukar Kerajaan BN; tetapi mestilah dengan perbuatan dan semangat untuk tidak mengundi BN walaupun ditawar wang, zink, tangki air, mesin rumput, BR1M untuk membeli hati pengundi.

"Kita tidak larang ambil habuan berkenaan, tetapi undi tetap kepada PKR, PAS dan DAP di kawasan peti undi masing-masing," kata Halik.

Penderitaan rakyat selama 55 tahun, kata Halik, sudah cukup mengajar kita bahawa hanya Menteri-Menteri dan kroni sahaja  terus kaya raya dan yang miskin papa kedana adalah rakyat kerana hanya diberi gula-gula 5 tahun sekali.

Tegas halik, perjumpaan Ketua Cabang dan Ketua Bahagian di sekitar Tenom di hotel Perkasa pada hari ini (14 Disember) bertujuan mewujudkan kerjasama dan persafahaman dalam bidang ceramah, strategi dalam satu mood Pakatan Rakyat semasa PRU-13 nanti.

1 comment:

  1. siapa tak suka akan gula gula BN....

    seddap baitu......
    tapi 6% cukai perkhidmatan lacar saja di jalakan.
    sedar tak sedar itulah hakikatnya.

    ReplyDelete