KOTA KINABALU : Ketua PKR
Cabang Tenom, Halik Zaman, menyatakan bahawa bukan sahaja dengan perkataan rakyat
mahu tukar Kerajaan BN; tetapi mestilah dengan perbuatan dan semangat untuk
tidak mengundi BN walaupun ditawar wang, zink, tangki air, mesin rumput, BR1M
untuk membeli hati pengundi.
"Kita tidak larang ambil
habuan berkenaan, tetapi undi tetap kepada PKR, PAS dan DAP di kawasan peti
undi masing-masing," kata Halik.
Penderitaan rakyat selama 55
tahun, kata Halik, sudah cukup mengajar kita bahawa hanya Menteri-Menteri dan
kroni sahaja terus kaya raya dan yang
miskin papa kedana adalah rakyat kerana hanya diberi gula-gula 5 tahun sekali.
Tegas halik, perjumpaan
Ketua Cabang dan Ketua Bahagian di sekitar Tenom di hotel Perkasa pada hari ini
(14 Disember) bertujuan mewujudkan kerjasama dan persafahaman dalam bidang
ceramah, strategi dalam satu mood Pakatan Rakyat semasa PRU-13 nanti.
siapa tak suka akan gula gula BN....
ReplyDeleteseddap baitu......
tapi 6% cukai perkhidmatan lacar saja di jalakan.
sedar tak sedar itulah hakikatnya.