KULIM : Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) Kulim ingin mencari waris kepada dua beradik berusia 6 dan 8
tahun yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Pulau
Pinang.
Kanak-kanak itu, Ahmad Nizam
Abdul Basit, 8, yang mempunyai sijil kelahiran bernombor BK43506 dan adiknya
Carissa Puteri, 6, yang tidak mempunyai sijil kelahiran ditempatkan di rumah
pelindungan itu setelah disyaki mangsa dera.
Pegawai Pelindung
Kanak-Kanak JKM Daerah Kulim, Munirah Athirah Abdul Aziz berkata kedua-dua
kanak-kanak itu ditinggalkan ibu mereka bersama seorang lelaki dipercayai penagih
dadah dan ditemui petugas JKM di sebuah rumah di Lorong Selasih 6, Taman
Selasih, di sini November lepas.
Sehubungan itu, JKM ingin
menghubungi bapa kanak-kanak itu dikenali sebagai Abdul Basit Abdul Latiff, 34,
nombor kad pengenalan 780114-12-5857 berasal dari Tawau, Sabah dan kini
dipercayai berada di Klang, Selangor.
"Kami juga mencari ibu
kanak-kanak itu iaitu Armina Shabani, nombor kad pengenalan 800215-12-5982 juga
berasal dari Tawau dan tidak diketahui di mana berada sekarang ini,"
katanya kepada Bernama, di sini kelmarin. (Bernama)
No comments:
Post a Comment