Oleh : AHMAD FADLI KC &
KRU MKINI
KONGRES DAP Perwakilan DAP
rata-ratanya masih belum menerima konsep Malaysian Malaysia yang menerima
kemajmukan kepimpinan pelbagai kaum dan ia terzahir melalui keputusan pemilihan
jawatankuasa kerja pusat (CEC) yang menyaksikan tiada wakil Melayu terpilih,
kata seorang calon yang bertanding, Zulkifli Mohd Noor.
Menurutnya, ia berbeza
dengan BN yang kelihatannya telah menerima konsep itu walaupun ia dijenamakan
dengan nama yang berbeza.
"Saya dah hantar mesej
kalau DAP serius hendak jadi Malaysian Malaysia yang dah diterima BN, ia mesti
dizahirkan di sini (pemilihan CEC)," kata Zulkifli (kiri) yang gagal
terpilih dalam pemilihan CEC semalam.
Manakala Ahmad bin Ton yang
gagal mengekalkan kerusinya dalam CEC, turut menyuarakan pendapat yang hampir
sama.
Beliau menggesa agar
semangat Malaysian Malaysia itu diperkukuhkan di dalam DAP pada masa-masa akan
datang.
"Sukar bagi DAP pada
masa akan datang kalau tak dinilaikan konsep bangsa Malaysia ini.
"Cuma saya berpesan
pada ahli sedia ada, kita kena kuatkan konsep Malaysian Malaysia," kata
Ahmad (kanan).
Beliau bagaimanapun kekal
yakin dengan DAP sebagai wadah untuk melihat konsep kemajmukan Malaysian
Malaysia diterjemahkan dalam politik tanahair.
"Saya dah menjadi ahli
(DAP) selama 36 tahun dan saya percaya dengan DAP sebab konsep dia nak wujudkan satu konsep
rupa bangsa Malaysia," katanya.
Ariffin SM Omar yang
dilantik sebagai naib presiden pula berpandangan bahawa perkara yang utama buat
DAP adalah menarik keahlian Melayu yang berprinsip teguh ke dalam parti.
"Kita perlukan Melayu
yang berpegang pada prinsip, bukan Melayu yang sertai parti hari ini dan keluar
esok demi manfaat kewangan.
"Bagi saya mungkin DAP
perlukan sedikit masa untuk perolehi keyakinan orang Melayu terhadap DAP,"
katanya.
No comments:
Post a Comment