ROSAK.....John
(kiri) bersama Pengerusi CAPS Parlimen Tenom Petrus Raimah menunjukkan dua buah
jentera pengepam rosak tiga tahun lalu tidak dibaiki membantut usaha para
pesawah untuk menanam padi.
Oleh: JACKSON LU
TENOM: Para petani sawah
padi di Kg Saga Tengah menggesa kerajaan khususnya Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) dekat sini agar mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah
pengairan sawah padi sebelum kerosakan dua jentera pengepam air terletak di
tebing Sungai Padas dapat diperbaiki sepenuhnya.
Jurucakap yang mewakili 10
pemilik sawah, John bin Baragang, 45, menyatakan demikian baru-baru ini,
sebagai langkah terakhir mereka untuk mendapatkan perhatian pihak tertentu
setelah berbagai usaha dilakukan mereka, tetapi semuanya gagal.
“Kami sudah kemukakan
masalah ini kepada pihak tertentu bersama-sama dengan JKKK, termasuk
mengetengahkannya semasa majlis pemimpin bersama rakyat yang dihadiri wakil
rakyat dan ketua-ketua jabatan sebelum ini, namun sehingga kini keadaannya
masih tidak berubah.
“Bayangkanlah, sudah lebih
tiga tahun kami tidak dapat mengerjakan sawah padi kami gara-gara masalah
sistem pengairan yang gagal berfungsi. Kini keadaannya kelihatan semak dan
dipenuhi rumput yang tinggi.
“Kami juga mengharapkan
hasil padi di sawah kami untuk membantu meringankan bebanan kami terhadap kos
sara hidup yang kini semakin tinggi terutamanya bahan makanan seperti beras,”
tegas John.
SEMAK.....
Kawasan bendang kelihatan semak samun tidak dapat diusahakan disebabkan tiada
sumber lain untuk mendapatkan air untuk pengairan sawah.
KERING....Sawah
padi kering kontang gara-gara kecuaian semua pihak.
Tegas John, pesawah di Kg
Saga Tengah rata-rata bergantung di atas bantuan sistem pengairan melalui
sedutan jentera pengepam dari Sungai Padas untuk menjana bekalan air ke
beberapa bendang sawah di situ setiap kali musim mengerjakan sawah padi dimana
ia tidak terdapat sumber lain untuk tujuan itu.
Selain itu, turut sama
memantau kawasan yang terjejas teruk itu, Pengerusi CAPS (Consumers Affair
& Protection Society of Sabah) kawasan Parlimen Tenom, Petrus Raimah
menegaskan, adalah wajar bagi pihak berkenaan untuk menangani masalah tersebut
dengan sebaik mungkin.
“Pendapatan pesawah dari
bendang mereka telah terjejas beberapa tahun semata mata masalah pengairan
sawah yang boleh ditangani pihak berkaitan jika ada keseriusan untuk
menanganinya yang harus mengambilkira kebajikan rakyat,” tegas Petrus daripada
CAPS.
No comments:
Post a Comment