HEBAT….Jaini
Ating (kiri) yang dikhuatiri melesapkan kuota minyak diesel bersubsidi yang
dikhaskan kepada nelayan Beluran.
Oleh : ROBERT TONGGIOK
PERSATUAN Nelayan Kawasan
(PNK) Beluran diminta memberi penjelasan berhubung pengagehan sebenar 200,000
liter minyak diesel bersubsidi setiap bulan kepada nelayan Beluran kerana hanya
50 kapal nelayan menerima minyak diesel bersubsidi itu.
Dengan jumlah 50 bot nelayan
yang menggunakan diesel di Beluran, tidak mungkin boleh menghabiskan 200,000
liter yang diperuntukkan kepada PNK Beluran.
Seorang nelayan di Pulau
Jambongan, Bitting Muniran berkata beliau agak hairan kerana ada kalanya minyak
yang diagehkan kepada kapal nelayan di Kampung Kolapis tidak mencukupi.
Katanya, PNK Beluran perlu
memberi penjelasan kaedah pengagehan minyak diesel subsidi itu kerana sejak
empat tahun lepas, sebanyak 200,000 liter minyak diesel subsidi diagehkan
kepada kapal nelayan.
"Bagaimanapun, jumlah
kapal nelayan yang menerima bekalan itu adalah sedikit dan ada kalanya mereka
kurang menerima bekalan. Mungkin berlaku penyelewengan dalam pengagehan minyak
diesel subsidi itu," katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Bitting yang juga Timbalan
Pengerusi Persatuan Tagal Kampung Hujung di Pulau Jambongan turut mempersoalkan
pendaftaran ahli-ahli dalam PNK Beluran yang tidak telus kerana kebanyakan
nelayan tradisional di Pulau Jambongan tidak didaftarkan sebagai ahli.
Katanya, keadaan ini
menyebabkan mereka tidak menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan;
termasuk elaun sara hidup nelayan dan minyak petrol serta diesel bersubsidi.
Beliau berkata, ada di
antara ahli PNK Beluran bukan nelayan sepenuh masa atau tidak lagi melakukan
aktiviti penangkapan ikan.
"Begitu juga Ahli
Lembaga Pengarah PNK Beluran, mereka bukan nelayan sepenuh masa; sebaliknya memegang
jawatan untuk mendapat keistimewaan termasuk menerima bantuan yang disediakan
oleh kerajaan."
"Sedangkan kami, yang
merupakan nelayan tradisional yang betul-betul memerlukan bantuan daripada
kerajaan itu, tidak menerimanya disebabkan pendaftaran ahli dalam PNK Beluran
dilakukan secara tidak telus," katanya.
Kata Bitting, penyelewengan
yang dilakukan oleh Jaini Ating sebagai Pengerusi PNK Beluran tidak boleh
dipandang ringan dan beliau mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung penipuan ini.
No comments:
Post a Comment