Oleh : HAFIZ YATIM
ANWAR Ibrahim terus
menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah, dengan berkata perkara itu
tidak pernah dibawa ke kabinet, ataupun
menghadiri atau mempengerusikan mana-mana mesyuarat mengenainya.
Ketua pembangkang itu juga
mendakwa projek memberikan kad pengenalan biru kepada pendatang, tidak berakhir
pada 1990-an dan ia berterusan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri (PM),
Tun Abdullah Ahmad Badawi dan berlanjutan sehingga tahun lepas, meliputi
pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak juga.
Anwar berkata, pasukan
petugas itu dikendalikan oleh PM ketika itu,
Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang kanannya Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (Setiausaha
Politik Mahathir ketika itu) dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub (Timbalan
Menteri Dalam Negeri ketika itu).
Beliau berkata demikian
ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir semalam bahawa Anwar terlibat
secara langsung dalam Projek IC itu.
Pemimpin umum PKR itu yang
pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir,
mengulangi bahawa beliau bersedia memberi keterangan kepada Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah jika dipanggil untuk berbuat
demikian.
"Saya dah kata saya
bersedia ke situ dan boleh tanya semua menteri berkenaan yang ada dalam kabinet
masa itu dan selepas, perkara itu tak pernah dibentangkan dalam kabinet, tak
ada satu minit saya hadir dalam mesyuarat pasukan petugas, tidak ada laporan
dikemukakan kepada saya selaku menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.
"Tidak pernah sama
sekali ada rekod berkenaan kerana operasi itu adalah operasi khas. Pasukan
petugas dikendali oleh perdana menteri dan diserahkan kepada Aziz dan Megat
Junid
"Yang kita tahu pasukan
petugas itu berterusan dan perlu kita tanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib
terus jalankan pasukan petugas itu di bawah perdana menteri dan ini wajar
disoalkan kepada mereka," katanya.
Anwar juga berkata, apakah
Dr Mahathir boleh menafikan beliau bertanggungjawab kerana "dia asaskan
pasukan petugas, dia yang lantik Aziz dan Megat Junid dan semua laporan itu
disampaikan kepadanya dan dan ini patut dijawab oleh Tun Dr Mahathir".
(MKINI)
No comments:
Post a Comment