TEMURAMAH.....Hj
Ahdah sedang ditemubual mengenai RCI.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto
: SAFFIE S JUMADI
SUKAU : Mantan Naib Ketua
Bahagian UMNO Kinabatangan yang telah keluar meninggal BN/UMNO dan kini sebagai
Ketua Cawangan PAS Kampung Batu Putih Kinabatangan, Haji Adhah Hj
Sulaiman mengakui agak sukar dan mustahil mengalahkan dan menewaskan calon-calon Barisan Nasional (BN) khususnya
daripada UMNO.
Kesukaran tersebut
disebabkan calon BN, terutama DUN Sukau dan Parlimen Kinabatangan menggunakan
wang ringgit dan menyalahguna kuasa bagi memaksa rakyat untuk mengundi BN,
apatah lagi pengundi hantu semakin bertambah ramai pada PRU-13.
“Ini terbukti di mana pada
PRU 12 , 80 peratus mereka yang memiliki Kad Pengenalan projek turun mengundi untuk memberikan sokongan padu kepada
calon-calon daripada BN, khususnya UMNO sehingga BN memenangi dengan jumlah majoriti
yang besar,” ujarnya.
Katanya ini, telah terbukti
di mana Hj Adhah telah membawa kes rasuah (politik wang) ke mahkamah, namun
keputusan mahkamah telah memihak kepada kerajaan BN.
Semasa diwawancara Sabahkini.Net
mengenai RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) Hj Ahdah menjelaskan dengan
terperinci bahawa kerajaan BN hanya melaksanakan RCI sekadar mengesahkan
kebanjiran para Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI); bukannya menyelesaikan atau
memantau kemasukan mereka ke Sabah kerana yang sudah memiliki mykad berjumlah
1.3 juta.
"Jika kerajaan BN
memang benar-benar ikhlas dan telus menjalankan penyiasatan RCI di Sabah; maka mereka wajib menggugurkan nama PATI
yang menggunakan IC Projek daripada Daftar Pemilih," kata Hj Ahdah yang
mendesak agar SPR menggugurkan nama mereka dalam kadar segera sebelum
pilihanraya umum.
BN, kata Hj Ahdah tidak
seharusnya gentar menghadapi Pakatan Rakyat jika benar menganggap Sabah sebagai
Fixed Deposit, melainkan menyandarkan undi daripada PATI yang mendapat
kerakyatan songsang.
Kata Hj Ahdah, beliau
berkata tindakan kerajaan BN melancarkan RCI telah melukakan hati generasi
kedua dan ketiga PATI yang tidak bersalah sehingga mereka mula membenci
kerajaan BN.
"Kalau bapa dan ibu
mereka diusir pulang ke negara asal setelah kad pengenalan projek mereka
diambil oleh kerajaan, bagaimana perasaan anak-anak mereka yang dilahirkan di
negara ini yang sudah menjawat-jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan? Tentu
mereka marah dan memberontak bila mengatahui ibubapa mereka diusir. Akibatnya
BN tahu natijahnya," kata Hj Ahdah lagi.
Tambah Hj Adhah, sekarang ini
UMNO/BN dalam dilema untuk meneruskan penyiasatan RCI kerana banyak rahsia yang
disembunyikan selama ini terdedah dan menjadi boomerang yang dilemparkan
pemimpin BN sendiri.
"Jika kerajaan tidak
mahu meneruskan siasatan RCI kerana bimbang kehilangan pengundi PATI, maka
parti komponen yang selama ini mendesak penubuhan RCI akan memberontak dan
meninggalkan BN," kata Haji Ahdah bahawa teori domino BN menimpa mereka
sendiri.
Mengenai tuduhan Dr Mahathir bahawa Ketua Umum PKR terlibat dengan Sindiket MyKad untuk PATI, Haji Ahdah menyatakan rakyat kebanyak tidak percaya setelah menganalisa kes Liwat I dan II kerana hanya berunsur fitnah.
No comments:
Post a Comment