SURAT
TAWARAN...Dato Sri Nasir (dua kiri) disaksikan Tahir Amir (dua kanan) dan OKK
Musa (kanan) menyampaikan surat tawaran projek kepada Zakaria Iral (kiri)
sempena majlis penyampaian projek Adun di Semporna.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA : Menteri DiJabatan
Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Hj.Nasir Tun Sakaran menasihatkan rakyat negeri
ini tidak cepat berkecil hati dan kecewa apabila permohonan projek mereka belum
ditunaikan kerajaan sebaliknya bersabar menunggu giliran.
Katanya, kerajaan sentiasa
prihatin dan mendahulukan keperluan rakyat berdasarkan konsep 1Malaysia tanpa
mengira suku kaum, anutan agama mahupun fahaman politik.
Beliau menegaskan,setiap
kelulusan dan penyampaian peruntukan itu
dilakukan secara berperingkat dan mengambil kira keperluan serta
keupayaan pejabat daerah yang mengendalikan pelaksanaan projek Adun dan Parlimen.
Nasir berkata demikian
sempena menyampaikan Surat Tawaran Projek peruntukan ADUN kepada lebih 30 orang
penerima bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Senallang, Semporna
di pejabat Daerah Semporna.
Hadirsama Pemimpin Unit
Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kawasan Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua
Daerah Semporna kawasan Senallang, OKK Hj.Musa Sabaani; Imam Daerah, Ustaz
Hj.Isthial Daniel dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang, Roslan
Jalaludin.
Sehubungan itu Nasir yang
juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang, mengingatkan
penerima-penerima surat tawaran projek melaksanakan kerja-kerja pelaksanaan
dengan penuh jujur dan amanah serta menyiapkan projek dengan sempurna.
Katanya, apa jua projek yang dipohon dan dilaksanakan
hendaklah mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
"Kita tidak mahu duit
kerajaan dibazirkan dan tidak menepati sasaran untuk manfaat rakyat," katanya.
Projek-projek itu melibatkan
pembaikan rumah, pembinaan gelanggang badminton/futsal; membaiki tandas, mengecat
bangunan, surau, jalanraya, enjin sangkut, bangku dan kanopi.
.
No comments:
Post a Comment