Oleh : ANSARI ABDULLAH
SAYA mohon agar saudara
seagama dalam UMNO Tuaran dapat mendidik penyokong supaya tidak 'mencuri'
bendera PKR dan membocorkan tayar kereta penyokong pembangkang seperti yang
terjadi pada 1 Februari 2013 di Kg Mengkabong dan pada 2 Februari 2013 di Kg
Tajau.
Cukuplah dengan rakaman
video oleh cawangan khas, Majlis Karaoke di rumah berhampiran dan jeritan dari
jalan raya. Ini bukan budaya kita untuk menganggu majlis di rumah jiran. Kita
mahu politik aman!
Saya mengucapkan selamat
datang dan selamat bergabung kepada Hj Ali Akhbar Kawi dan 279 mantan ahli UMNO
yang lain atas penyertaan mereka ke dalam Parti Keadilan Rakyat Tuaran.
Majlis penyerahan borang dan
penyematan lencana PKR telah disempurnakan oleh YB Shuhaimi Safie, di satu
majlis rapat rakyat bertempat di perkarangan Markas PKR Kg Tajau, Serusop,
Tuaran pada malam semalam.
Tahniah kepada tuan-tuan
semua. Kini kubu selamat UMNO Sulaman tidak selamat lagi. Seorang demi seorang
pemimpin dan pengikutnya keluar dari UMNO dan menyertai PKR/PR.
Sebelum ini beberapa
pemimpin UMNO/BN Sulaman telahpun menyertai PKR. Antaranya, Hj Amin Ibrahim,
Dominic Ombilod Onul, Mohd Fairuz Bandar, Balanting Erom dan malam semalam pula
giliran Haji Ali Akhbar Ali Akbar Kawi.
Tahniah tuan-tuan semua.
Membujur lalu, melintang patah! Lawan tetap lawan. Lawan sampai menang.
Putrajaya kita tawan!
INI KALILAH!
No comments:
Post a Comment