Saudara Pengarang,
WALAUPUN belum setahun
jagung Mohd Serman bin Hassnar menjadi Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Sabah
(AMK Sabah), namun begitu ketara sekali tidak mendapat sokongan daripada AMK
Sabah, terutama di Pantai Barat kerana sikapnya semakin sombong dan
mementingkan diri sendiri.
Mohd Serman suka memaksa AMK
Cabang membuat program yang terlalu singkat masanya untuk diuruskan, sama ada
oleh AMK Negeri atau AMK Cabang; malah turut memaksa setiap AMK membuat program
setiap minggu.
Kebanyakkan AMK Negeri dan AMK
Cabang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Mohd Serman yang dilabelkan
sebagai 'BIG BOSS' kerana suka mengarahkan atau memaksa setiap AMK membuat
sesuatu keputusan atau kerja dalam kadar segera seperti silap mata.
Dari segi kewangan, Mohd
Serman adalah terkaya di kalangan AMK Sabah. Oleh itu beliau mampu membuat
program setiap masa, setiap hari atau setiap minggu. Tetapi bukan semua AMK Negeri
atau Cabang yang mempunyai sumber kewangan seperti beliau. Oleh itu beliau
mesti faham isi hati setiap cabang yang kekurangan kewangan.
Kebanyakan AMK di Sabah
mengatakan Mohd Serman adalah manusia yang paling sombong dan tidak hormat
kepada kawan-kawan lama dalam AMK; suka bercakap besar, angkuh dan memilih
kawan daripada kalangan elit sahaja.
Persoalannya, inikah mutu
dan karisma pemimpin muda yang ingin beliau jenamakan; ,alah kerap menunjuk
taring kerana kebanyakan AMK mengadu Mohd Serman tidak pernah menangkat telefon
atau membalas sms mereka. Belum menjadi YB lagi sudah berlagak seperti pemimpin
UMNO, mengalahkan Datuk Samsuddin Yahya.
Baru-baru ini Mohd Serman melaksanakan
Bengkel AMK di Batu Sapi tetapi sambutan terburuk dalam sejarah kerana hanya 25
ahli AMK Sabah yang hadir.
Mungkinkah inilah permulaannya
perpecahan dalam AMK Sabah. Jika kita tinjau ke akar umbi; hanya Cabang AMK Batu
Sapi, Silam dan Beluran yang masih bertahan dengan perangai Ketua AMK Sabah;
manakala Cabang AMK yang lain sudah mula membuat kerja mengikut kemampuan
masing-masing.
Jika AMK PKR Pusat tidak
mengawal 'AMK Sabah' yang seolah-olah tidak bernakhoda atau bernakhodakan 'Kapten
Mabuk Kuasa'; maka AMK Sabah akan kecundang lagi dalam pilihanraya umum akan datang.
Bagaimana kapal AMK Sabah
boleh mengharungi samudera Politik Sabah yang sentiasa bergelora kerana pengganti
Setiausaha AMK Negeri Sabah, Jafery Jomion belum dilantik dan jawatan Timbalan
Setiausaha AMK Negeri Sabah juga kosong.
Dalam sejarah AMK Sabah,
sudah tiga kali mesyuarat AMK Negeri yang dipengerusi oleh Ketua AMK Sabah; tiada
pegawai yang dilantik untuk mencatat minit mesyuarat; sekaligus membuktikan Mohd
Serman adalah Itik Tempang yang lemah, sombong dan angkuh.
Manakala Bendahari AMK Sabah,
Mohd Tahir Bin Ariffin turut diganti oleh Ketua AMK Sabah tanpa sebab atau
tidak mengikut protokol yang diguna pakai AMK selama ini.
Kebanyakan AMK Sabah tidak
tahan dengan perangai Ketua AMK Sabah yang suka berjanji bermacam-macam
seperti:
Dia berkuasa untuk memilih sesiapa
sahaja menjadi calon pada PRU-13 ini kerana beliau berkuasa penuh dan bukannya
AMK Pusat. Janjinya semakin manis, kononnya kalau PR menang, beliau akan lantik
semua AMK jadi Pengarah dalam kerajaan.
Sehubungan itu, sebagai 'Hardcore
AMK', kami mendesak agar Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin menasihati
Mohd Serman agar tidak sombong, bersikap adil dan membaiki kelemahan kami membuat
keputusan yang akan merugikan AMK Sabah dan PKR.
Salam Reformasi,
HARDCORE AMK SABAH
No comments:
Post a Comment