Oleh: MOHD FAIZAL MOHD
SALLEH
SHAH ALAM : Timbalan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar secara sinis
mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana
mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal.
Noh berkata, kenyataan itu
secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa
daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih.
Beliau berkata, pemimpin
pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu
mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak
membersihkan daftar pemilih.
“Kita mengucapkan syabas
kepada Menteri Besar Selangor. Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar
hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya. Beliau secara tidak langsung
telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih,” katanya kepada Sinar
Harian, Khamis.
Beliau berkata demikian
ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid yang tidak menolak kemungkinan untuk
membubarkan Dun Selangor lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Meh hujung
bulan ini.
Noh yang juga Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, jentera BN Selangor sudah bersedia
bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri
ini.
“Kita berharap pakatan
pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti. Kita
tidak mahu apabila kalah, macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan
juga BN.
“Kita juga berharap PRU13
berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada
penyokong dan pemimpin parti pembangkang,” katanya.
Mengulas kenyataan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor membubarkan Dun,
Noh berkata, itu membuktikan bahawa pakatan pembangkang semenangnya tidak
pernah sepakat.
“Dalam membuat keputusan
yang begitu besar yang melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan, ini
menunjukkan pakatan pembangkang sdebenarnya sebuah parti yang cacamarba. Mereka
tidak layak untuk mentadbir sebuah negeri mahpun negara,” katannya.
Justeru beliau yang juga
Ahli Parlimen Tanjong Karang menasihati rakyat agar membuat pilihan yang tepat
pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kebajikan dan masa depan yang
terbela. (UMNONLINE)
No comments:
Post a Comment