WAWANCARA......Awang
Aspar sedang ditemubual mengenai kes tuntutan Gua Gomantong.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SUKAU : Setiausaha Badan
Gabungan Pewaris Gua Gumantong Awang
Aspar Hj Liwangsa mendesak kepada kerajaan Negeri Sabah supaya mengembalikan
hak Gua Gumantong kepada pewaris-pewaris yang sebenarnya.
Beliau kesal sebaik saja
Negeri Sabah diperintah oleh Barisan Nasional (BN) sejak tahun 1994 kerajaan
begitu mudah memberikan lubang-lubang sarang burung di Gua Gumantong kepada
orang luar yang tidak berhak.
Kata Awang Aspar lagi sejak
di zaman pemerintahan era kerajaan USNO,
BERJAYA sehinggalah era kerajaan PBS yang memerintah selama 9 tahun, Gua
Gumantong tidak pernah dikeluarkan tender; malahan ditadbir urus oleh bangsa Sungai
dan para pewaris lainnya.
“Ketika itu, masyarakat
Sungai diberikan peluang pekerjaan untuk mengutip sarang-sarang burung berbanding
era kerajaan UMNO/BN yang memerintah sekarang. Segala hak bangsa Sungai telah
dinafikan kerana orang Cina pun boleh dapat lubang-lubang di gua tersebut
asalkan ada RM4 juta,” ujarnya.
Awang Aspar mendedahkan hal
ini kepada Sabahkini.Net dalam satu temubual eksklusif yang diadakan di Hotel
Jockie, kelmarin.
Katanya, kerajaan BN telah
menyalahguna kuasa dan merampas hak orang Sungai untuk memungut sendiri sarang
burung yang menjadi warisan mereka sejak berzaman sehingga 80 peratus sumber
ekonomi mereka terjejas.
"Ada yang sudah menjadi
papa kedana kerana hak mereka dirampas orang luar yang diberikan keistimewaan dam
hidup mewah daripada hasil rampasan hak orang Sungai," ujar Awang Aspar.
Tegas Awang Aspar, Kerajaan
BN harus mengatasi penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah yang
didalangi oleh Pengarahnya, Lawrentius Nambu dan Penguasa Jabatan Hidupan Liar
Gua Gumantong, Hussin Muin, yang bersekongkol dengan orang tertentu sehingga
begitu mudah memberikan kelulusan untuk memungut sarang; malah ada yang
mendapat tujuh lubang gua.
“Kita telah melaporkan
segala penyelewengan ini kepada SPRM, tetapi mereka lambat bertindak kerana
kita percaya Skandal ini didalangi pihak tertentu seperti Ketua Pemuda UMNO
Sabah, Datuk Awang Kadin Tang dan pihak atasan," kata Awang Sapar yang
menggesa Unit Khas SPRM dihantar ke Jabatan Hidupan Liar dan Kementerian
Kewangan Sabah.
Awang Aspar kesal kerana terdapat
beberapa perampas lubang tersebut masih dibenarkan memungut sarang burung
sekalipun mereka masih berhutang antara RM3 juta sehingga RM7 juta.
"Kita bukan cerita
dongeng kerana semuanya telah dilaporkan Ketua Audit Negara dan telahpun
dibentangkan di parlimen," ujar Awang Aspar lagi.
"Dalam hal ini, saya telah
menghantar beberapa memorandum melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk
Patmi Salleh semasa lawatan Perdana Menteri ke Sabah, tetapi sehingga ke hari
ini, tiada sebarang tindakan," kata Awang Aspar yang kecewa dengan sikap
Patmi kerana memperdaya para pewaris.
Natijahnya, kata Awang
Aspar, 400 pewaris Gomantong telah membulatkan tekad tidak akan mengundi BN/UMNO
pada PRU-13 setelah hak mereka dirampas dan tidak mengharapkan apa-apa lagi
setelah semua janji pemimpin BN selama ini bagai kail bersalut umpan.
No comments:
Post a Comment