Friday 8 March 2013

TIAN CHUA, PERSONA NON GRATA






SERAH....Azizah yang mengetuai Wanita umno Bahagian Beaufort menyerahkan laporan polis terhadap dakwaan Tian Chua kepada wakil Ketua Polis Daerah Beaufort.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
        
BEAUFORT: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort membuat laporan polis terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang telah membuat kenyataan fitnah bahawa insiden pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu adalah sandiwara Kerajaan BN/Umno.

Ketuanya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata Wanita Umno Bahagian Beaufort menyokong penuh gesaan Ketua Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Mahiruddin agar Tian Chua menarik balik kenyataan yang tidak berasas itu.

“Perjuangan BN/Umno tidak pernah berubah sejak dahulu lagi untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Tuduhan yang dilemparkan oleh Tian Chua adalah satu tuduhan melampau yang bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakyat malah telah menghina kewibawaan anggota keselamatan negara yang berjuang berhabis-habisan demi memelihara kedaulaatan negara ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu di Balai Polis Beaufort, kelmarin.

Azizah menyifatkan Tian Chua adalah satu tindakan yang biadap dan tidak berasas dan berpendapat pemimpin PKR itu perlu dihalang dari memasuki negeri ini atas dasar Persona Non Grata (manusia yang tidak dikehendaki.

“Dalam soal keselamatan awam, semua pihak tidak kira pembangkang mahupun kerajaan mestilah mengutamakan keselamatan rakyat berbanding dengan kepentingan politik masing-masing. Atas dasar itu, Wanita Umno Bahagian Beaufort telah membuat laporan polis terhadap Tian Chua dan mahu beliau bertanggungjawab ke atas semua penghinaan ini.

“Saya bersama semua jawatankuasa dan ahli Wanita Umno Beaufort sentiasa menyokong penuh keputusan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak demi mempertahankan ketenteraman negara kita amnya dan negeri Sabah khasnya,” katanya.

Azizah yang juga Exco Wanita Umno Malaysia turut menegaskan bahawa beliau bersama wanita Umno Beaufort menyelar sesiapa sahaja yang membuat atau menyokong kenyataan yang tidak bertanggung jawab seperti yang telah dilakukan Tian Chua itu.




LAPOR......Azizah mengetuai Wanita umno Bahagian Beaufort membuat laporan polis terhadap kenyataan Tian Chua, di Balai Polis Daerah Beaufort, kelmarin.

“Sesiapa saja yang buat kenyataan yang tidak berasas seperti itu perlu diambil tindakan kerana ianya satu penghinaan kepada pasukan keselamatan yang sanggup bergadai nyawa demi keselamatan semua rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, adalah diluar sifat perikemanusiaan apabila seseorang itu sanggup mempersendakan usaha pasukan keselamatan yang berjuang di bawah panji-panji Kerajaan BN dan pada masa yang sama kaum keluarga wira negara yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara untuk kesejahteraan semua rakyat di negara ini masih berada dalam suasana kesedihan.

Azizah yang bersimpati dengan keluarga wira negara yang terkoraban dalam insiden pencerobohan itu turut mendoakan keselamatan wira negara yang taat setia berjuang mempetahankan negara Malaysia yang merdeka,” katanya.

No comments:

Post a Comment