LAHAD DATU : Polis mencari
seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang
berkaitan Operasi Daulat. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata
Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang
amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di
mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata Muhammad
Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di
Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu
dalam kes berkaitan Operasi Daulat.
"Penama ini amat
diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop
atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Penama ini boleh
membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini
berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya
pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.
Sementara itu, Hamza berkata
180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah
masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25
dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.
Beliau berkata, tiada
pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta
pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok
Buani.
Berhubung keselamatan di
laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan
pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan
pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut
Diraja Malaysia.
Dalam pada itu, suspek telah
menyatakan dalam facebook akan membantu pihak Polis berkaitan siasatan Operasi
Isu Pencerobohan Lahad Datu, Sabah.
Menurut Suspek, beliau tidak
berkaitan dengan pengganas mahupun Jamalul Kiram III. Beliau Hanya Mengenali Sultan
Muedzul-Lail Tan Kiram merangkap Raja Muda (Crown Prince) yang disahkan oleh
Kerajaan Filipina. Tujuan beliau menolong adalah hanya untuk membantu Umat
Islam yang tidak berkemampuan Di Sulu.
Suspek meminta pihak-pihak
tertentu supaya Tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan Isu ini. Ikuti
Perkembangan Melalui Media Massa dari semasa ke masa.
No comments:
Post a Comment