SEORANG pelacur yang mati
ketika mengadakan seks bangkit dan menjerit ketika dia hendak dibawa keluar
dalam keranda dari sebuah hotel.
Kejadian berlaku di Hotel
Manor di Bulawayo apabila wanita berkenaan, MaNadlo yang melacur di hotel itu
pengsan dan dikatakan mati ketika mengadakan seks dengan seorang pelanggan.
Bagaimanapun, ketika
mayatnya diletakkan di dalam keranda, dia tiba-tiba terjaga dan menjerit: “Kamu
hendak membunuh saya?”
Orang ramai yang berkerumun
untuk melihat mayat wanita itu diusung keluar bertempiaran lari apabila dia
bangkit.
“Ia seperti dalam filem.
Orang ramai berlari kerana ketakutan. Ia kejadian yang menakutkan kerana kami
yakin dia mati memandangkan tubuhnya kaku macam mayat. Sungguh ajaib,” kata
seorang saksi.Menurutnya polis berjaya mententeramkan wanita berkenaan. (Mymetro)
No comments:
Post a Comment