SERBUAN....
Anggota polis yang membuat serbuan di Simunul, Semporna bagi memburu saki-baki
pengganas Sulu yang bersembunyi di perkampungan atas air baru-baru ini.
SEMPORNA : Tindakan pemimpin
puak pengganas Sulu Jamalul Kiram III yang menceroboh Sabah dan menyerang pasukan
keselamatan bermula 12 Februari lalu bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat
negeri ini tetapi juga kepada penduduk di selatan Filipina.
Satu sumber berkata,
penduduk yang kebanyakannya beragama Islam di selatan Filipina dan bekerja
sebagai nelayan mula terjejas kerana tidak boleh lagi menyusup masuk ke
perairan Sabah untuk menangkap ikan.
Sejak tercetus krisis itu,
pasukan keselamatan Malaysia mempertingkatkan kawalan di perairan negara dan
tidak membenarkan nelayan dari negara jiran itu mendekati perairan Sabah.
"Kawalan keselamatan di
perairan negara dipertingkat sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghalang puak
pengganas melarikan diri dari Sabah atau masuk ke negara ini.
"Tindakan pasukan
keselamatan itu sekali gus menjejaskan nelayan Filipina yang sebelum ini lebih
mudah mencari rezeki di sekitar perairan Sabah," kata sumber itu lagi.
No comments:
Post a Comment