ALBUM
KENANGAN…… James Ratib dengan penyokong beliau dan Speaker DUN Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak (tengah) di
Bangunan DUN selepas majlis angkat sumpah ADUN.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
SUGUT : Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) kawasan Sugut merangkap Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional
Bahagian Beluran Datuk James Ratib berjanji akan bekerja keras untuk
membangunkan kawasan Sugut dan membela nasib penduduk luar bandar.
“Saya berasa syukur kerana
majlis angkat sumpah ADUN telah dilangsungkan pada hari Khamis dan berjanji
akan kerja kuat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk menunaikan amanah
dan aspirasi rakyat di Beluran,
khususnya kawasan DUN Sugut,” kata James ketika ditemui kelmarin.
“Dalam persidangan DUN
minggu hadapan, saya akan mengutarakan beberapa isu yang menjadi keperluan dan
keutamaan rakyat dan juga mencadangkan beberapa pelan pembangunan jangka
panjang untuk DUN Sugut,” tambahnya lagi.
Sebagai wakil rakyat yang
baru beliau juga menyokong saranan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman agar
wakil-wakil rakyat berbahas dengan teratur dan penuh tanggugjawab serta
menjalankan tugas dengan baik demi membela nasib rakyat di kawasan mereka.
"Jadi ADUN adalah satu
tanggungjawab yang berat. Oleh itu saya amat memerlukan kerjasama dari semua
pihak termasuk pegawai-pegawai kerajaan serta rakan-rakan BN lain,"
katanya agar segala agenda pembangunan yang dirancangkan akan dapat
dilaksanakan dengan lancar demi kepentingan penduduk DUN Sugut.
James juga memberitahu
bahawa beliau akan terus mengadakan lawatan turun padang untuk berjumpa dengan
pemimpin-pemimpin masyarakat setempat dan rakyat bagi mendengar rintihan dan aduan mereka.
Beliau berkata beliau dapat
mendekati rakyat menerusi program turun padang beliau untuk mengenalpasti
masalah dihadapi rakyat di kawasan DUN Sugut dan mencari penyelesaian
mengatasinya.
Semua pemimpin termasuk pembangkang serta penyokong masing-masing diminta merapatkan semula barisan demi perpaduan rakyat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
ReplyDeleteJika mereka sanggup kerjasama, ini adalah keadaan yang amat positif dan memanfaatkan semua golongan.
DeleteThey should strike towards the same objective.
DeleteAhli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, calon yang kalah khususnya pembangkang perlu menerima hakikat memberikan kerjasama kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang diberi kepercayaan oleh rakyat menerusi proses pengundian.
ReplyDelete"Mereka yang tewas pula harus bersedia mengajak penyokong bekerjasama dengan BN di kawasan ini untuk meneruskan kesinambungan pembangunan khususnya kebajikan rakyat.
ReplyDeleteYang menang atau tewas harus teruskan usaha untuk memperjuangkan kebajikan untuk rakyat.
DeleteKebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan.
Delete"Sebagai wakil rakyat baharu (Parlimen), saya akan bersikap adil membantu semua penduduk tanpa mengira kaum dan kepercayaan politik khususnya menangani kebajikan serta pembangunan setempat," katanya.
ReplyDeleteIsu perkauman bukan satu persoalan, semua bangsa harus diberi perhatian yang sama.
DeleteTEMPOH LIMA TAHUN BUKAN SATU JANGKA MASA YANG LAMA.. JIKA USAHA ITU TIDAK DIMULAKAN DARI SEKARANG, ATAU DIBUAT SAMBIL LEWA, HASILNYA TIDAK AKAN KELIHATAN PADA PRU14 NANTI..
ReplyDeleteRakyat akan terus pantau dan menilai usaha semua parti.
DeleteKami melihat asama ada tempoh ini parti-parti ini benar berkhidmat dengan baik.
DeleteSAYA HARAP DATUK JAMES BENAR2 MENGOTAKAN JANJI BELIAU.. INGATLAH BAHAWA RAKYAT HARI INI TIDAK MUDAH DIPENGARUHI DENGAN PERKATAAN JANJI.. RAKYAT LEBIH SUKA MELIHAT TINDAKAN DARIPADA PIDATO MANA2 WAKIL RAKYATNYA..
ReplyDeleteBiarlah rakyat tehu apakah rancangan dan projek yang akan dijalankan.
ReplyDeleteSupaya rakyat bersyukur dengan projek kerajaan.
DeleteAgenda pembangunan harus di landasan yang positif.
ReplyDeleteKerajaan harus merancang dan menjalankan projek dengan baik dan berhati-hati. Penyelewengan sering dikesan.
Deletesemua pemimpin harus bekerja keras laksanakan tanggungjwab mereka
ReplyDeleteWR harus melaksankan tanggung jawab yang diberi.
ReplyDeleteNasib semua rakyat harus dibela.
ReplyDelete