Sunday, 16 June 2013

JAMES JANJI KERJA KERAS BANGUNKAN SUGUT






ALBUM KENANGAN…… James Ratib dengan penyokong beliau dan Speaker DUN Datuk Seri  Panglima Salleh Said Keruak (tengah) di Bangunan DUN selepas majlis angkat sumpah ADUN.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SUGUT : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sugut merangkap Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Beluran Datuk James Ratib berjanji akan bekerja keras untuk membangunkan kawasan Sugut dan membela nasib penduduk luar bandar.

“Saya berasa syukur kerana majlis angkat sumpah ADUN telah dilangsungkan pada hari Khamis dan berjanji akan kerja kuat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk menunaikan amanah dan  aspirasi rakyat di Beluran, khususnya kawasan DUN Sugut,” kata James ketika ditemui kelmarin.

“Dalam persidangan DUN minggu hadapan, saya akan mengutarakan beberapa isu yang menjadi keperluan dan keutamaan rakyat dan juga mencadangkan beberapa pelan pembangunan jangka panjang untuk DUN Sugut,” tambahnya lagi.

Sebagai wakil rakyat yang baru beliau juga menyokong saranan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman agar wakil-wakil rakyat berbahas dengan teratur dan penuh tanggugjawab serta menjalankan tugas dengan baik demi membela nasib rakyat di kawasan mereka.

"Jadi ADUN adalah satu tanggungjawab yang berat. Oleh itu saya amat memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pegawai-pegawai kerajaan serta rakan-rakan BN lain," katanya agar segala agenda pembangunan yang dirancangkan akan dapat dilaksanakan dengan lancar demi kepentingan penduduk DUN Sugut.

James juga memberitahu bahawa beliau akan terus mengadakan lawatan turun padang untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat dan rakyat  bagi mendengar rintihan dan aduan mereka.

Beliau berkata beliau dapat mendekati rakyat menerusi program turun padang beliau untuk mengenalpasti masalah dihadapi rakyat di kawasan DUN Sugut dan mencari penyelesaian mengatasinya.

20 comments:

  1. Semua pemimpin termasuk pembangkang serta penyokong masing-masing diminta merapatkan semula barisan demi perpaduan rakyat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika mereka sanggup kerjasama, ini adalah keadaan yang amat positif dan memanfaatkan semua golongan.

      Delete
    2. They should strike towards the same objective.

      Delete
  2. Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, calon yang kalah khususnya pembangkang perlu menerima hakikat memberikan kerjasama kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang diberi kepercayaan oleh rakyat menerusi proses pengundian.


    ReplyDelete
  3. "Mereka yang tewas pula harus bersedia mengajak penyokong bekerjasama dengan BN di kawasan ini untuk meneruskan kesinambungan pembangunan khususnya kebajikan rakyat.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang menang atau tewas harus teruskan usaha untuk memperjuangkan kebajikan untuk rakyat.

      Delete
    2. Kebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan.

      Delete
  4. "Sebagai wakil rakyat baharu (Parlimen), saya akan bersikap adil membantu semua penduduk tanpa mengira kaum dan kepercayaan politik khususnya menangani kebajikan serta pembangunan setempat," katanya.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu perkauman bukan satu persoalan, semua bangsa harus diberi perhatian yang sama.

      Delete
  5. TEMPOH LIMA TAHUN BUKAN SATU JANGKA MASA YANG LAMA.. JIKA USAHA ITU TIDAK DIMULAKAN DARI SEKARANG, ATAU DIBUAT SAMBIL LEWA, HASILNYA TIDAK AKAN KELIHATAN PADA PRU14 NANTI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat akan terus pantau dan menilai usaha semua parti.

      Delete
    2. Kami melihat asama ada tempoh ini parti-parti ini benar berkhidmat dengan baik.

      Delete
  6. SAYA HARAP DATUK JAMES BENAR2 MENGOTAKAN JANJI BELIAU.. INGATLAH BAHAWA RAKYAT HARI INI TIDAK MUDAH DIPENGARUHI DENGAN PERKATAAN JANJI.. RAKYAT LEBIH SUKA MELIHAT TINDAKAN DARIPADA PIDATO MANA2 WAKIL RAKYATNYA..

    ReplyDelete
  7. Biarlah rakyat tehu apakah rancangan dan projek yang akan dijalankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supaya rakyat bersyukur dengan projek kerajaan.

      Delete
  8. Agenda pembangunan harus di landasan yang positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan harus merancang dan menjalankan projek dengan baik dan berhati-hati. Penyelewengan sering dikesan.

      Delete
  9. semua pemimpin harus bekerja keras laksanakan tanggungjwab mereka

    ReplyDelete
  10. WR harus melaksankan tanggung jawab yang diberi.

    ReplyDelete
  11. Nasib semua rakyat harus dibela.

    ReplyDelete