Thursday 20 June 2013

KHAIRUL BAKAL TIMBALAN KETUA UMNO BATU SAPI?





         
DESAS desus pemilihan UMNO kini semakin terasa. Sistem pemilihan baru akan menjadikan UMNO punya sistem pemilihan terbuka yang sangat menarik. Perpecahan barisan kepimpinan UMNO Batu Sapi semakin jelas dengan beberapa nama besar di UMNO Batu Sapi kini tersebar luas di kedai-kedai kopi.

Khairul Firdaus Datuk Akhbar khan yang kini dikhabarkan akan bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Batu Sapi bagi memantapkan lagi strategi beliau untuk menjadi calon pilihanraya pada musim akan datang.

Timbalan Ketua UMNO Batu Sapi sedia ada yang disandang oleh Arifin Asgali kini semakin rapuh ekoran ketiadaan peranan beliau pada Pilihanraya UMUM ke 13 yang lepas.

UMNO Batu Sapi telah meminggirkan peranan Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang dikhabarkan agak kecewa setelah namanya tidak tersenarai sebagai Calon di DUN Sekong pada PRU13 baru-baru ini.

Jentera UMNO Batu Sapi secara sulit telah mendapati Timbalan Ketua UMNO Bahagian hampir mensabotaj calon-calon BN terutama di kawasan DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi. Perkara ini telah diketahui oleh kepimpinan bahagian malangnya bukti mendakwa beliau terlibat adalah tidak cukup dan mungkin juga suatu fitnah untuk menjatuhkan karier politiknya.

Khairul Firdaus bukanlah anak tempatan Batu Sapi, tetapi kerana perpecahan dalam UMNO Batu Sapi itu sendiri telah menyebabkan orang seperti beliau dibawa masuk ke kawasan majoriti Bajau dan Suluk yang kini dipimpin oleh pemimpin berdarah Khan.

Senario ini tidak menghalang anak tempatan Batu Sapi untuk beri kerjasama kepadanya, akan tetapi kepimpinan UMNO Batu Sapi perlu memastikan kepimpinan baru kali ini adalah kepimpinan berwawasan dan beridea dan bukannya kepimpinan dalam bakul sampah.

Kini jentera yang Pro Khairul Firdaus sedang bergiat aktif, untuk memastikan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi ini akan diterima jika bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Batu Sapi sekaligus memberi peluang untuk beliau dicalonkan sebagai Calon Pilihanraya pada musim akan datang. (Media Batu Sapi)

15 comments:

  1. Well if he can deliver, why not?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Yang penting, kebajikan untuk rakyat di Batu Sapi diperjuangkan.

      Delete
  3. Siapapun yang jadi ketua pemuda nanti harap individu itu adalah calon yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Calon yang berbakat dan berkeupayaan yang akan dilantik.

      Delete
  4. Appaun kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  5. Kalau mahukan umnobn terus disanjung tinggi pastikan semua pemimpinnya adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buktikan bahawa pilihan rakyat adalah benar tepat.

      Delete
  6. Jika yanng kena pilih gagal membuktikan kemampuan diri alamatnya nama baik umnobn juga yang akan rosak nanti. Jadi renung-renungkan....

    ReplyDelete
  7. Pemimpin yang gagal memainkan peranan dan melaksanakan tanggung jawab dengan baik, akan disingkirkan dari senarai.

    ReplyDelete
  8. Cuma satu penggal sahaja, jalankan tanggung jawab dengan baik agar rakyat terus memberi sokongan kepadanya.

    ReplyDelete
  9. Kepimpinan tertinggi parti Umno yang sedia ada perlu dikekalkan jika mahu kestabilan ekonomi, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

    ReplyDelete
  10. Timbalan menteri kewangan itu menegaskan sekiranya jawatan presiden dan timbalan presiden dicabar pada pemilihan parti ia hanya mewujudkan perpecahan dikalangan ahli, serta tidak menolak rakyat akan lebih menjauhi parti tersebut.

    ReplyDelete