Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
RAKYAT Sabah seharusnya
diberikan kelebihan untuk mengeluarkan kad pengenalan (IC) mereka sendiri bagi
mengekang pemberian kewarganegaraan kepada rakyat asing di negeri berkenaan,
cadangan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee kepada
Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) di Sabah.
Yong menjelaskan, kerajaan
Persekutuan dilihat tidak serius dalam menangani gejala pemberian kad
pengenalan kepada warga asing dari Filipina dan Indonesia, dan Sabah jelasnya
harus memikirkan inisiatif sendiri bagi menyelesaikan perkara itu.
"Jika kerajaan tak nak
selesaikan perkara ini, kita perlu selesaikan sendiri dengan mekanisme kita
sendiri, keluarkan IC Sabah," katanya kepada RCI hari ini di Mahkamah
Tinggi Kota Kinabalu.
Beliau menjelaskan, idea
pengeluaran IC Sabah diutarakan selepas hilang harapan terhadap kerajaan
persekutuan dalam isu berkenaan.
"Idea ini timbul sebelum
pembentukan RCI ini lagi," katanya.
Gejala pemberian kad
pengenalan palsu itu jelas Yong kini telah berada kritikal dan perlu
diselesaikan segara sebelum menjadi semakin parah.
"Kalau mereka
betul-betul nak selesaikan, ia boleh diselesaikan, sekarang ini sudah berada di
tahap ICU," katanya.
Mekanisme yang
dicadangkannya adalah mereka yang lahir di Sabah selepas penggabungan Sabah ke
dalam Malaysia -ketika itu Malaya- pada 31 Ogos 1963 sahaja layak memohon kad
pengenalan Sabah, namun mereka yang merupakan rakyat Malaysia di Sarawak atau
Semenanjung yang telah mendiami Sabah untuk jangka masa lama boleh memohon kad
pengenalan.
"Sabah boleh gunakan
kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN), dan luluskan Ordinan Sabah bagi tujuan
itu."
"Kerajaan Malaysia yang
ada kuasa keluarkan IC kepada rakyat asing, ia perkara Persekutuan, tapi kad
pengenalan Sabah bukan kuasa Persekutuan," katanya lagi, dan menegaskan
dokumen berkenaan bukan untuk warganegara asing, tetapi hanya penduduk Sabah
tulen.
Dokumen kad pengenalan Sabah
itu jelas Yong bukanlah dokumen pengenalan diri yang baru, sebaliknya ia untuk
digunakan di Sabah bagi tujuan urusan imigresen, tanah, jawatan dalam kerajaan,
lesen, dan lain-lain tujuan urusan kerajaan.
"Saya yakin ia akan
diterima hari ini," katanya lagi, dan menambah,"Mykad saya tiada
makna kerana orang asing pun boleh dapat kad pengenalan sama," tegasnya
lagi sambil mengangkat kad pengenalannya.
"Mereka rakyat Malaysia
tapi bukan Sabahan," tegasnya lagi.
Sebagaimana artikel di atas mengelirukan rakyat, begitu juga dengan kepimpinan SAPP yang semakin tidak waras apabila sanggup menjanjikan perkara yang tidak mungkin mereka mampu laksanakan melainkan jika Sabah keluar daripada Malaysia.
ReplyDeleteBerdasarkan ucapan Roger Sitimin, SAPP tidak akan mengiktiraf Mykad apabila IC Sabah telah wujud. Bermakna, jika SAPP memerintah, IC Sabah bukanlah dokumen ALTERNATIF kepada Mykad sebaliknya sebagai dokumen yang MENGGANTIKAN Mykad.
ReplyDeletePersoalannya, bagaimana pula dengan nasib rakyat Sabah yang bekerja atau belajar di Semenanjung atau Sarawak sekiranya IC Sabah diwujudkan? Mahukan kerajaan negeri Selangor mengiktiraf IC Sabah untuk sebarang urusan di negeri itu??
ReplyDeleteMahukah institusi pendidikan samada kolej atau universiti di Semenanjung mengiktiraf IC Sabah sebelum menawarkan kursus kepada anak jati Sabah?? dan bagaimana pula jika negeri-negeri lain turut mengeluarkan IC khas untuk negeri masing-masing??
ReplyDeleteTerlalu luarbiasa janji yang dilaungkan oleh SAPP sehingga sukar bagi mereka untuk menjawab BAGAIMANA mereka mahu mengatasi masalah-masalah kesan dari pelaksanaan IC khas Sabah ini. Bila ada pihak yang membantah, dengan mudah mereka menjawab bahawa IC Sabah tetap akan dikeluarkan kerana Mykad sudah terpalit dengan pelbagai isu kontroversi.
ReplyDeleteDaripada sekadar melaung-laungkan pengeluaran IC Sabah dan membidas pihak yang mengkritik idea populis SAPP, kenapa pemimpin-pemimpin SAPP tidak jelaskan saja secara terperinci tentang bagaimana ianya dilaksanakan dan apa pendekatan yang diambil untuk menangani masalah yang mungkin timbul disebabkan kewujudan dua IC yang berbeza ini??
ReplyDeleteJika alasan mengeluarkan IC Sabah ini adalah kerana Mykad tidak mampu melindungi hak rakyat disebabkan dokumen itu turut diberikan kepada warga asing, bagaimana pula SAPP yang berangan-angan mahu merampas kerajaan MEMASTIKAN bahawa IC Sabah ini tidak akan terlepas ke tangan warga asing??
ReplyDeletemampukah SAPP mengawal tindak tanduk setiap pegawai-pegawainya agar tidak terlibat dengan sindiket pengeluaran IC?? disinilah masalah yang sepatutnya perlu ditangani oleh SAPP sebelum tampil dengan idea populis kononnya mahu mengeluarkan IC Sabah..
ReplyDeleteApa jaminan bahawa IC Sabah cetusan idea populis SAPP ini tidak akan diberikan kepada warga asing jika Yong Teck Lee sendiri gagal menyelesaikan masalah pemberian IC kepada warga asing ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah??
ReplyDeleteMengeluarkan IC baru khas untuk rakyat Sabah bukanlah penyelesaikan kepada masalah warga asing di negeri ini. Jika pelaksanannya longgar atau terlalu banyak "lubang", penyelewengan tetap akan berlaku sekalipun IC Sabah itu dihias cantik menggunakan teknologi terkini.
ReplyDeleteSepatutnya pemimpin-pemimpin SAPP mengkaji dimana silapnya sehingga Mykad boleh terlepas ke tangan warga asing. Bertitik-tolak dari situ, satu tindakan perlu diambil bagi memperketatkan pengeluaran Mykad agar tidak berlaku penyelewengan dokumen untuk kepentingan pihak tertentu.
ReplyDeleteKesimpulannya, pemberian IC Sabah ini hanya janji untuk meraih undi kerana SAPP sendiri gagal menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka mahu mengatasi kebarangkalian masalah-masalah yang mungkin timbul kesan dari pelaksanaannya, dan apa pendekatan yang diambil bagi memastikan pelaksanaan IC ini diseluruh Sabah tidak akan berlaku penyelewengan.
ReplyDeleteWell can you do that?
ReplyDeleteUpko president and BN's Penampang candidate Bernard Dompok has boldly said that he is "putting (his) neck on the chopping block" in standing by his call for re-issuance of identity cards to genuine citizens in Sabah.
ReplyDeleteGet out from the bad thing.
ReplyDeleteMantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an.
ReplyDeleteBeliau berkata, walaupun Anwar tidak diberi arahan secara langsung namun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sering mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan lebih daripada yang diperlukan.
ReplyDeleteBeliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.
ReplyDeleteBekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.
ReplyDeleteSabahans should get equipped
ReplyDeleteYTL is nothing but a hopeless coward.
ReplyDeleteAnd we must show it now.
ReplyDeleteTiada mana-mana pihak bantu pelarian Filipina dapatkan IC
ReplyDeleteKOTA KINABALU: Beberapa pelarian Filipina yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di negeri Sabah hari ini memberitahu bahawa tiada mana-mana pihak yang membantu mereka bagi mendapatkan kad pengenalan (IC).
Abd Salam Ali, yang datang ke Sabah pada 19 Januari 1971 berkata, beliau sendiri yang berusaha mendapatkan IC nya itu.
"Saya sendiri usahakan permohonan pas sementara di Jabatan Imigresan dan kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah, di Wisma Dang Bandang," katanya semasa menjawab soalan pegawai pengendali Jamil Aripin pada prosiding yang masuk hari keempat itu.
Menceritakan proses bagaimana beliau mendapatkan IC itu, Abd Salam berkata ketika mula-mula tiba ke negeri ini beliau telah memohon pas sementara iaitu pas jalan di Jabatan Imigresen Sabah yang mesti diperbaharui setiap tiga bulan sekali tanpa dikenakan sebarang bayaran.
ReplyDeleteSaksi ke-16 itu berkata selepas tiga bulan, beliau memohon pas kuning iaitu IMM-13 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dengan bayaran RM20 bagi tempoh setahun.
Bapa tujuh anak itu berkata selepas 10 tahun, beliau memohon IC hijau iaitu bagi taraf penduduk sementara dan sementara menunggu ianya dikeluarkan beliau diberikan resit sementara.
Saksi itu berkata setahun selepas itu beliau diberikan IC hijau berkenaan
dan kemudiannya beliau memohon IC biru pada 1989.
Semasa ditanya adakah permohonannya untuk memperolehi IC biru itu mendapat sokongan sesiapa, Abd Salam berkata tiada dan beliau sendiri pergi ke JPN.
ReplyDeleteAbd Salam, 54, berkata IC biru itu siap tiga tahun selepas itu dan kini beliau memegang MyKad.
"Saya juga telah mendaftar sebagai pengundi dan telah mengundi sebanyak tiga kali di kawasan Kinaruk," katanya.
Saksi ke-17, Sakandar Anding yang datang ke Sabah pada 1973 berkata beliau sendiri membuat permohonan bagi mendapatkan pas IMM-13, IC hijau dan seterusnya IC merah (taraf penduduk tetap).
ReplyDeleteSakandar, 59, yang tinggal di skim penempatan Kinaruk berkata beliau memohon IC merah pada tahun 2004 dan pada 2010 JPN Sabah mengeluarkan IC berkenaan.
Hatta Ghani, 53, yang datang ke Sabah pada 1976 dengan menaiki bot bersama 50 yang lain berkata beliau juga memohon sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak bagi mendapatkan IC.
ReplyDeleteHatta yang juga tinggal di skim penempatan Kinaruk berkata beliau juga telah beberapa kali mengundi menggunakan IC biru yang diperolehinya.
Bagaimanapun, ketika ditanya adakah mereka datang ke Sabah membawa sebarang dokumen negara Filipina, kesemua saksi itu menjawab "Tiada".
Saksi-saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Jamil bahawa skim penempatan yang mereka diami itu mempunyai masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah dan jenayah lain.
Ketika ditanya sama ada mereka hendak pulang ke negara asal mereka di Filipin, masing-masing menjawab tidak kerana sudah selesa dan selamat berada di negara ini.
Semua mereka berkata mereka datang ke sini kerana keadaan peperangan di selatan Filipina ketika itu.
Seorang lagi pelarian Filipina, Ismail Balaka, berkata semasa tinggal di kem penempatan di Keninguk, ada beberapa orang datang ke penempatan itu untuk mengisi borang, mengambil gambar dan cap jari pelarian Filipina di situ.
ReplyDeleteBeliau yang datang ke Sabah pada 1975 berkata beliau tidak tahu apa tujuan mereka itu mengisi borang berkenaan tetapi beliau diberitahu kawannya bahawa itu adalah untuk proses pengeluaran IC.
Saksi itu berkata selepas tiga bulan beliau diberikan kad pengenalan.
Sementara itu bekas Pengarah JPN Sabah, Datuk Abdul Rauf Sani menafikan beliau bertindak atas arahan pihak atasan berhubung pengeluaran IC kepada pendatang Islam Filipina dan Indonesia di negeri itu.
ReplyDeleteBeliau juga mengaku ada mengetuai satu unit yang dikenali sebagai G17 semasa menjadi pengarah JPN Sabah pada 1990, sebuah unit yang menguruskan pengeluaran IC biru kepada pendatang asing.
Abdul Rauf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) pada pada April 1996 memberitahu suruhanjaya itu bahawa beliau tahu dan sedar mengenai aktiviti pengeluaran IC itu.
ReplyDelete"Saya lakukannya bersendirian. Tiada siapa arahkan saya. Sebagai pegawai kerajaan sebarang arahan mesti ada surat," katanya yang kini merupakan ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat di bawah kementerian kewangan.
Beliau juga mengesahkan keterangan seorang saksi semalam bahawa beliau dan beberapa pegawai JPN Sabah telah pergi ke Kuala Lumpur bagi melaksanakan tugas khas berhubung pengeluaran IC kepada pelarian di Sabah.
ReplyDeleteDitanya mengapa beliau ditahan di bawah ISA, saksi ke-15 itu berkata beliau dituduh kerana terlibat dalam pengeluaran IC biru tidak mengikut proses undang-undang bagi mendapatkan wang.
Katanya beliau ditahan di bawah ISA selama 60 hari dan selepas itu dibebaskan dari tahanan tetapi dikenakan sekatan duduk di rumah sehingga November 1996.
ReplyDeleteMerujuk keterangan bekas tahanan ISA yang juga bekas pegawai JPN Sabah semalam bahawa sebanyak 40,000 IC sebulan yang telah ditandatangani diserahkan kepada pelarian Filipina, Abdul Rauf berkata beliau tidak pasti mengenainya.
"Mungkin ratus, mungkin ribu, saya tidak ada catitan kerana perkara itu pegawai-pegawai saya yang uruskan," katanya. - BERNAMA
Naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menolak rancangan parti SAPP untuk memperkenalkan kad pengenalan khas bagi warga Sabah kerana perkara itu menurutnya satu langkah yang tidak diperlukan.
ReplyDelete"Kenapa perlu (kad pengenalan khas?). Kita sudahpun jadi sebuah negara."
Beliau mempersoalkan langkah untuk mengawal rakyat Malaysia daripada Sabah memandangkan kerajaan masih berdepan masalah dalam menghalang kemasukan warga asing dan kumpulan pengganas.
ReplyDelete"(Kumpulan pemisah Filipian) Abu Sayyaf dan pendatang asing kita tak boleh kawal, (tapi) nak kawal rakyat Malaysia (daripada memasuki Sabah) buat apa?
Katanya, beliau maklum mengenai perjanjian 20 perkara apabila Sabah bersama Sarawak, Malaya dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, beliau berpendapat kad pengenalan seperti itu akan menghalang produktiviti.
ReplyDelete"Jangan lihat dari kerangka negatif. Kalau Sabah untuk Sabah, Perlis untuk Perlis, tak ke mana negara ini," kata MP Semporna itu lagi.
Perjanjian tersebut antara lainnya memberi kuasa kepada Sabah untuk mengawal kemasukan warga Malaysia ke negeri tersebut.
ReplyDeletePerkara itu juga menjadi alasan parti SAPP dalam mengemukakan cadangan tersebut, kerana ramai pendatang asing tanpa izin didakwa memiliki MyKad yang dikeluarkan kerajaan persekutuan.
Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee antara lainnya berpendapat, "Kad Pengenalan Sabah" itu akan memberi keistimewaan kepada pemegangnya untuk mendapatkan tanah, lesen perniagaan, peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri.
ReplyDeleteJangan ada pula motif tersembunyi YTL ni..
suatu alternatif yg baik....sekiranya sabah dianggap bahagian dlm pembentukan malaysia.....kuasa sabah mestilah diiktiraf.....siapa yg lebih pintar n bijaksana menangani kebanjiran pendatang asing yg sekelip mata saja dapat mykad....yg kini jumlahnya melebihi penduduk tempatan peribumi......sbb tiada org yg pintar n bijak mengatasi masalah ini....yg ada pun memparahkan lg keadaan......pintar memburukan keadaan......sekarang mesti diambil langkah yg tegas mengatasi masalah ini.....
ReplyDelete