Thursday, 13 June 2013

KU LI SASARKAN JAWATAN PM?






MESYUARAT....Tengku Razaleigh telah mengatur mesyuarat di rumahnya, petik sumber.

Oleh : JAHABAR SADIQ

KUALA LUMPUR : Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.

“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.

“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.

PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.

Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.

Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.

“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.

“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.

Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.

Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. (TMI)

17 comments:

  1. KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..

    Desas desus mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden dalam pemilihan UMNO akan datang, sudah mula bertiup kencang di sana sini. Banyak blog dan facebook sudah mula memainkan isu tersebut dengan pandangan yang pelbagai. Ada yang menyokong, ada yang tidak dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..

    Sememangnya, sebagai sebuah parti yang berasaskan kepada demokrasi, hasrat Kuli ini (jika benar) bukanlah satu kesalahan, tapi dalam masa yang sama kita perlu ingat, menjadi Presiden UMNO bukan setakat menjadi ketua kepada parti terbesar orang Melayu tersebut semata-mata, tapi dalam masa yang sama, Presiden UMNO juga akan turut memikul tanggungjawab secara automatik sebagai Pengerusi BN.

    ReplyDelete
  3. KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..

    Disinilah kredebilti dan keupayaan Kuli untuk memimpin BN menjadi tanda tanya banyak pihak. Beliau mungkin diterima oleh orang Melayu yang membentuk majoriti dalam UMNO, tapi mampukah kepimpinan Kuli diterima oleh parti komponen BN yang lain?

    ReplyDelete
  4. KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..

    Hal ini penting untuk disebut kerana yang akan bertanding dalam pilihanraya ialah BN, bukan UMNO!! Lagipun, pada usia 76 tahun sekarang, ramai pihak tidak yakin Kuli mampu menjadi seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang berkesan untuk rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  5. KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..

    Kuli gemar menoleh kebelakang, dari melihat masa hadapan dan atas sebab itulah ketika Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutuan) mengharamkan UMNO pada 1988, Kuli mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan Semangat46 (S46) yang bertujuang menghidupkan semangat UMNO lama.

    ReplyDelete
  6. KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..

    Orang Melayu tidak memerlukan semangat UMNO lama, pada masa itu pun (ketika S46 ditubuhkan), orang Melayu bukan berada pada keadaan dimana semangat laut dan semangat padi masih di puja untuk mendapatkan hasil yang lebih. Orang Melayu memerlukan perubahan dari segi ekonomi dan sebagainya untuk mengubah nasib kaum tersebut.

    ReplyDelete
  7. KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..

    Bercakap tentang S46, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kuli pernah menubuhkan 2 pakatan pembangkang yang diterajui S46 untuk mencabar BN selepas melihat ‘kejayaan’ PAS dan S46 merampas Kelantan dalam pilihanraya umum 1990. 2 pakatan pembangkang tersebut ialah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat.

    ReplyDelete
  8. KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..

    Secara mudahnya, APU mewakili parti pembangkang berasaskan Melayu/Islam (PAS, Berjasa, HAMIM, KIMMA) sementara Gagasan Rakyat mewakili parti pembangkang bukan Islam (DAP dan PRM).

    ReplyDelete
  9. KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..

    Kenapa diwujudkan 2 pakatan pembangkang mengikut kaum dan kepercayaan agama berbeza? Sebab Kuli tidak mampu menyatukan kesemua parti pembangkang di Negara ini pada waktu itu, atas platform yang sama. Lagipun S46 adalah parti clone kepada UMNO (sebut Melayu) dengan Kuli sendiri dilihat sebagai ultra Melayu seperti mana Datuk Ibrahim Ali dan pertubuhan PERKASA hari ini.

    ReplyDelete
  10. KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..

    BN dan negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang ultra Melayu. BN memerlukan pemimpin moderate yang mampu mengendalikan kepelbagaian kaum dan kepercayaan agama di negara kita.

    ReplyDelete
  11. KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..

    Kuli sudah tentu sedar akan perkara tersebut sebab beliau akhirnya membubarkan S46 dan membawa ahli parti tersebut menyertai semula UMNO pada 1996. Pendek kata, Kuli tidak mampu memimpin sebuah parti berbilang kaum seperti BN, melihat kepada sejarah politiknya yang lampau.

    ReplyDelete
  12. KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..

    Yang penting sekali, Kuli bukanlah jenis pemimpin yang mampu mengadaptasikan dirinya kepada perubahan semasa dan keadaan ini sudah tentu tidak sesuai untuk sebuah negara yang menghampiri status negara maju seperti Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Timbul desas-desus bahawa bekas menteri Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, telah menemui beberapa ahli parlimen daripada kedua-dua gabungan parti bertentangan bagi membincangkan soal kepimpinan negara.

    ReplyDelete
  14. Beberapa portal berita setempat memetik sumber-sumber dalaman parti-parti berkenaan sebagai berkata bahawa tujuan pertemuan tersebut ialah untuk memilih bekas menteri kewangan Malaysia itu menjadi perdana menteri (PM) selepas Parlimen bermula pada 24 Jun ini.

    ReplyDelete
  15. Satu laporan The Malaysian Insider (TMI) semalam berkata pihaknya difahamkan bahawa putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah ala 'Rumah Putih' beliau di Langak Golf, Kuala Lumpur.

    Mesyuarat itu membincangkan strategi bagi mendapatkan jumlah penyokong yang mencukupi dalam Parlimen ke-13 Malaysia itu untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  16. Satu sumber lain pula berkata Ku Li dilihat sebagai 'calon kompromi' oleh AP BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atau Datuk Seri Anwar, untuk jawatan tertinggi itu.

    ReplyDelete