MESYUARAT....Tengku
Razaleigh telah mengatur mesyuarat di rumahnya, petik sumber.
Oleh : JAHABAR SADIQ
KUALA LUMPUR : Tengku
Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada
kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai
perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.
The Malaysian Insider
difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la
White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan
cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib
Razak.
Beliau hanya memerlukan 112
undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat
memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh
mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.
“Sesetengah ahli Parlimen
bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber
yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk
kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.
“Kita bercakap tentang
sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.
PAS dan DAP masing-masing
memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang
menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih
rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.
Sekutu PAS dan DAP dalam
Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri
Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri
jika mereka menawan Putrajaya.
Satu sumber lain mengatakan
Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang
tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau
Anwar untuk jawatan tertinggi itu.
“Pemilihan untuk ahli-ahli
Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih
TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan
Muhyiddin.
“Ku Li sebagai PM akan bebas
daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk
kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama
berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kem Mahathir sudah
memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana
strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum
melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi
“bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing
dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan Kabinet Najib
bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah
dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.
Difahamkan Najib telah
menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa
minggu lagi.
Akan tetapi beberapa ahli
Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku
Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli Parlimen yang
dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk
diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.
BN mendapat 47 daripada 56
kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133
kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.
Walau bagaimanapun, Najib
hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen
Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai
satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.
Sebaliknya MIC dari
semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan
menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32
menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. (TMI)
KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..
ReplyDeleteDesas desus mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden dalam pemilihan UMNO akan datang, sudah mula bertiup kencang di sana sini. Banyak blog dan facebook sudah mula memainkan isu tersebut dengan pandangan yang pelbagai. Ada yang menyokong, ada yang tidak dan sebagainya.
KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..
ReplyDeleteSememangnya, sebagai sebuah parti yang berasaskan kepada demokrasi, hasrat Kuli ini (jika benar) bukanlah satu kesalahan, tapi dalam masa yang sama kita perlu ingat, menjadi Presiden UMNO bukan setakat menjadi ketua kepada parti terbesar orang Melayu tersebut semata-mata, tapi dalam masa yang sama, Presiden UMNO juga akan turut memikul tanggungjawab secara automatik sebagai Pengerusi BN.
KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..
ReplyDeleteDisinilah kredebilti dan keupayaan Kuli untuk memimpin BN menjadi tanda tanya banyak pihak. Beliau mungkin diterima oleh orang Melayu yang membentuk majoriti dalam UMNO, tapi mampukah kepimpinan Kuli diterima oleh parti komponen BN yang lain?
KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..
ReplyDeleteHal ini penting untuk disebut kerana yang akan bertanding dalam pilihanraya ialah BN, bukan UMNO!! Lagipun, pada usia 76 tahun sekarang, ramai pihak tidak yakin Kuli mampu menjadi seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang berkesan untuk rakyat Malaysia.
KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..
ReplyDeleteKuli gemar menoleh kebelakang, dari melihat masa hadapan dan atas sebab itulah ketika Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutuan) mengharamkan UMNO pada 1988, Kuli mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan Semangat46 (S46) yang bertujuang menghidupkan semangat UMNO lama.
KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..
ReplyDeleteOrang Melayu tidak memerlukan semangat UMNO lama, pada masa itu pun (ketika S46 ditubuhkan), orang Melayu bukan berada pada keadaan dimana semangat laut dan semangat padi masih di puja untuk mendapatkan hasil yang lebih. Orang Melayu memerlukan perubahan dari segi ekonomi dan sebagainya untuk mengubah nasib kaum tersebut.
KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..
ReplyDeleteBercakap tentang S46, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kuli pernah menubuhkan 2 pakatan pembangkang yang diterajui S46 untuk mencabar BN selepas melihat ‘kejayaan’ PAS dan S46 merampas Kelantan dalam pilihanraya umum 1990. 2 pakatan pembangkang tersebut ialah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat.
KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..
ReplyDeleteSecara mudahnya, APU mewakili parti pembangkang berasaskan Melayu/Islam (PAS, Berjasa, HAMIM, KIMMA) sementara Gagasan Rakyat mewakili parti pembangkang bukan Islam (DAP dan PRM).
KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..
ReplyDeleteKenapa diwujudkan 2 pakatan pembangkang mengikut kaum dan kepercayaan agama berbeza? Sebab Kuli tidak mampu menyatukan kesemua parti pembangkang di Negara ini pada waktu itu, atas platform yang sama. Lagipun S46 adalah parti clone kepada UMNO (sebut Melayu) dengan Kuli sendiri dilihat sebagai ultra Melayu seperti mana Datuk Ibrahim Ali dan pertubuhan PERKASA hari ini.
KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..
ReplyDeleteBN dan negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang ultra Melayu. BN memerlukan pemimpin moderate yang mampu mengendalikan kepelbagaian kaum dan kepercayaan agama di negara kita.
KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..
ReplyDeleteKuli sudah tentu sedar akan perkara tersebut sebab beliau akhirnya membubarkan S46 dan membawa ahli parti tersebut menyertai semula UMNO pada 1996. Pendek kata, Kuli tidak mampu memimpin sebuah parti berbilang kaum seperti BN, melihat kepada sejarah politiknya yang lampau.
KREDIBILITI DAN KEUPAYAAN KULI UNTUK MEMIMPIN BN MASIH MENJADI TANDA TANYA..
ReplyDeleteYang penting sekali, Kuli bukanlah jenis pemimpin yang mampu mengadaptasikan dirinya kepada perubahan semasa dan keadaan ini sudah tentu tidak sesuai untuk sebuah negara yang menghampiri status negara maju seperti Malaysia.
Timbul desas-desus bahawa bekas menteri Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, telah menemui beberapa ahli parlimen daripada kedua-dua gabungan parti bertentangan bagi membincangkan soal kepimpinan negara.
ReplyDeleteBeberapa portal berita setempat memetik sumber-sumber dalaman parti-parti berkenaan sebagai berkata bahawa tujuan pertemuan tersebut ialah untuk memilih bekas menteri kewangan Malaysia itu menjadi perdana menteri (PM) selepas Parlimen bermula pada 24 Jun ini.
ReplyDeleteSatu laporan The Malaysian Insider (TMI) semalam berkata pihaknya difahamkan bahawa putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah ala 'Rumah Putih' beliau di Langak Golf, Kuala Lumpur.
ReplyDeleteMesyuarat itu membincangkan strategi bagi mendapatkan jumlah penyokong yang mencukupi dalam Parlimen ke-13 Malaysia itu untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Satu sumber lain pula berkata Ku Li dilihat sebagai 'calon kompromi' oleh AP BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atau Datuk Seri Anwar, untuk jawatan tertinggi itu.
ReplyDeleteramai nak jadi PM
ReplyDelete